Aku Dan Kuih Tradisional Melayu


Mengapa saya target untuk menulis 100 jenis resipi kuih tradisional melayu? jawapannya adalah saya memang minat dengan makanan.Memang semenjak umur belasan tahun lagi memang sudah berminat dengan makanan.

Memang ada cita-cita hendak membuka restaurant tapi setakat minat sahaja tak cukup kan mesti kena pandai memasak juga.Kalau hendak buka restaurant pun mesti kena planning well sebab saya bekerja di siang hari.

Kalau tidak berjaya buka restaurant pun tak mengapa, at least dapat menulis resipi pun dah kira ok.Sekurang-kurangnya blog ni tidak lah bersawang tak disentuh.Lama rasanya tak sentuh blog ni.tetiba sahaja letak target baru menulis resipi kuih tradisional melayu.Sekarang baru berjaya menulis dalam 40 resipi kuih muih melayu, masih banyak lagi yang perlu ditulis.Harapan saya resipi ini dapat menjadi info berguna buat pembaca yang lain.

Target seterus adalah menulis resipi masakan melayu.Tapi belum ada content resipi lagi.Nanti kena lah cari bookstore yang ada jual buku resipi.Harap-harap ada kedai nuku yang jual buku resipi.

Selepas selesai menulis semua resipi memang ada perancangan untuk buat video masakan, saya nak cuba buat semua resipi yang saya tulis.Selepas tu semua video tu akan dimuat naikkan ke Youtubue chanel dan blog ini.

Kalau nak ikutkan perancangan ni memang makan masa 2 tahun untuk habiskan semua video masakan.Semoga saya terus tabah merealisasikan apa yang dirancang.

Buat rakan-rakan semua salam perkenalan.Rajin-rajin lah komen di blog ini ok.Boleh berkongsi info apa yang patut.
Aku Dan Kuih Tradisional Melayu Aku Dan Kuih Tradisional Melayu Reviewed by C.I on April 05, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.