Kuih Jongkong ini kalau anda hendak cari setiap pagi untuk dijadikan sarapan memang susah jumpa kedai yang menjualnya.Kuih Jongkong juga boleh dikira sebagai kuih tradisional yang dah hampir pupus.Hanya pada bulan Ramadhan kuih Jongkong akan banyak dijual di bazar Ramadhan.Kalau anda hendak makan sekarang boleh cuba buat sendiri.Selamat mencuba.
Bahan-bahan :
Bahan-bahan :
1) 2 cawan tepung beras
2) 1 sudu teh garam
3) 6 cawan santan
4) Gula secukupnya 1@2 helai daun pandan (potong sebesar 2 inci)
5) Daun pisang secukupnya (buat bakul)
Cara-cara :
1) Gaul sebati santan dan garam.
2) Didalam bekas lain, gaul sebati tepung beras bersama 4 cawan santan. Masak dalam kuali dengan api yang perlahan sehingga masak dan pejal. Tutup api.
3) Letak sepotong daun pandan di atas 2 helai daun pisang yang ditindih. Ambil 2 sudu makan tepung yang sudah masak dan letak di atas daun pandan. Tambah gula dan santan. Pastikan kanji tepung tadi tidak tertutup. Bungkus dan semat. Buat hingga habis.
4) Sementara itu panaskan pengukus.
5) Kukus sampai santan masak lebih kurang 1 jam. Sedia untuk dihidangkan.
# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai kuih ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.
Mohon Share Guys
C.I : Di harap Resipi Kuih Jongkong yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.

Resipi Kuih Jongkong
Reviewed by C.I
on
April 05, 2020
Rating:
No comments: