Resipi Kuih Jongkong Kelapa Muda


Resipi Kuih Jongkong Kelapa Muda

Kuih Jongkong Kelapa Muda ini perbezaannya dengan kuih Jongkong hanyalah intinya sahaja.Resipi kali ini mempunyai inti kelapa muda.Belum ada pengalaman makan kuih ini.Pada pengamatan resipi kuih ini pasti sedap kerana inti kelapa muda dan rasa manis kuih ini pasti buat mereka yang makan akan berasa puas hati.Tapi seperti yang saya katakan, kuih Jongkong ini senang ditemui di bazar ramadhan jadi anda terpaksa tunggu pada bulan puasa.


Bahan­-bahan : 

1) 100 gram tepung beras 
2) 50 gram tepung sagu 
3) ¼ sudu teh garam 
4) 600 ml air 
5) 50 ml air daun pandan 
6) 2 helai daun pandan (potong sebesar 2 inci) 
7) 250 gram gula melaka (hancurkan) 
8) 2 biji isi kelapa muda 
9) 500 ml santan dari 1 biji kelapa 
10) Daun pisang secukupnya untuk membungkus 

Cara-cara : 

1. Masukkan tepung beras, tepung sagu dan garam ke dalam mangkuk. Gaul rata dan bancuh dengan sebahagian air. Ketepikan. 

2. Didihkan air selebihnya, masukkan bancuhan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau. Masukkan air daun pandan dan kacau adunan sehingga pekat dan masak. Angkat dari api. 

3. Letak sepotong daun pandan di atas 2 lehai daun pisang yang ditindih. Tambah 1 sudu besar gula melaka, 2 sudu besar adunan tepung, 3 sudu besar isi kelapa muda dan 4 sudu besar santan. Bungkus dan semat. Buat hingga habis. 

4. Sementara itu panaskan pengukus. 

5. Kukus selama 1 jam sehingga masak. Sedia untuk dihidangkan.

# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai kuih ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

Mohon Share Guys

C.I : Di harap 
Resipi Kuih Jongkong Kelapa Muda yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.
Resipi Kuih Jongkong Kelapa Muda Resipi Kuih Jongkong Kelapa Muda Reviewed by C.I on April 05, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.