Kuih kaswi memang tidak asing lagi di tanah melayu. Mudah didapati setiap pagi kerana ramai peniaga yang menjual kuih ini. Kuih yang lembut disaluti dengan Kelapa parut memang meninggalkan rasa yang sangat sedap kepada sesiapa sahaja yang memakannya. Kuih kaswi memang tidak terlalu sukar untuk dibuat di rumah. Jadi anda boleh cuba sendiri membuat kuih Kaswi untuk dihidangkan kepada keluarga anda di rumah.
Bahan-bahan :
1) 250 ml air
2) 60 gram gula pasir
3) 2 helai daun pandan, disimpul
4) 180 gram gula melaka (hancurkan)
5) 120 gram tepung sagu
6) 150 gram tepung beras basah
7) 1 sudu teh air kapur
8) ½ biji kelapa muda parut
9) ½ sudu teh garam
Cara-cara :
1) Didih gula melaka bersama gula pasir, air dan daun pandan di dalam periuk hingga gula larut manjadi sirap gula.
2) Masukkan tepung beras, tepung sagu dan air kapur di dalam mangkuk. Tapis sirap gula ke dalam adunan tepung dan kacau hingga sebati dan tidak berketulketul. Tuang adun ke dalam loyang.
3) Panaskan kukusan. Masukkanloyang kedalam kukusan. Kukus selama 2030minit (sehingga masak). Setelah masak sejukkan dan potong.
4) Sementara itu gaul kelapa bersama garam.
5) Taburkan kelapa pada kuih yang telah dipotong.Sedia untuk dihidangkan.
5) Taburkan kelapa pada kuih yang telah dipotong.Sedia untuk dihidangkan.
# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai kuih ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.
Mohon Share Guys
C.I : Di harap Resipi Kuih Kaswi yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.
Resipi Kuih Kaswi
Reviewed by C.I
on
April 06, 2020
Rating:
No comments: