Resipi Kuih Koci
Kuih Koci adalah salah satu daripada kuih tradisional melayu yang sangat mendapat sambutan. Rasanya yang manis, dimakan bersama inti Kelapa amat menyelerakan. Masa yang diperlukan untuk menyediakan kuih Koci juga tidak begitu lama hanya mengambil masa sekitar 20—30 minit sahaja. Jadi kuih Koci amat sesuai untuk dijadikan hidangan buat seisi keluarga anda. Selamat mencuba.
Bahan-bahan :
Untuk inti:
1) 1 biji kelapa parut
2) ½ cawan gula kabung
3) 1 cawan gula pasir
4) 2 helai daun pandan
5) ½ cawan air
Untuk kuih :
1) 1 bungkus tepung pulut
2) 2 mangkuk santan ( ½ mangkuk santan dimasak hingga pecah minyak)
3) ½ sudu teh garam
4) Daun pisang yang telah dilayur secukupnya
Cara :
Untuk inti:
1) Gaulkan semua bahan-bahan inti dalam kuali dan jerangkan ke atas api yang sederhana.
2) Kacaukan inti hingga merengas dan separa kering. Angkat dan ketepikan.
Untuk kuih :
1) Gaul rata tepung pulut dan santan bersama garam. Uli adunan ini hingga menjadi satu doh yang lembut dan boleh dibentuk.
2) Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian yang sederhana besarnya. Bentukkan adunan dan isikan inti tadi di tengahnya. Bulat-bulatkan dan celup ke dalam santan masak.
3) Bungkus adunan itu dengan daun
pisang. Buat sehingga selesai.
4) Panaskan kukusan. Masukkan bungkusanbungkusan tadi ke dalam kukusan. Kukus selama 20-30minit (sehingga masak). Sedia untuk dihidangkan.
# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai kuih ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.
Mohon Share Guys
C.I : Di harap Resipi Kuih Koci yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.
Resipi Kuih Koci
Reviewed by C.I
on
April 06, 2020
Rating:
No comments: