Hari ni agak malang buat saya. Sudah jatuh di timpa tangga pula. Bangun tidur on komputer tapi monitor black screen tak menyala. Alamak itu tandanya sudah rosak. Sudah berkali-kali cuba masih juga black screen.Nak beli Baru tengah tak bersuit pula sekarang.
Apa pun tak boleh buat sekarang, nak hantar repair semua kedai tutup kerana sekarang dalam musim perintah kawalan pergerakan. Habis tergendala aktiviti menulis 100 resipi kuih muih tradisional.
Tengah bersemangat nak berbloging tetiba sahaja monitor rosak. So sekarang terpaksa blog menggunakan handphone sahaja.. Memang susah sikit tapi nak buat, macam mana pun terpaksa juga tulis.
Hari ni berjaya download dari playstore app blog. Dah berjaya juga buat posting dua resipi kuih. Masih terkebil-kebil sebenarnya guna handphone ni. Tapi dah target sehari 2 resipi wajib di post di blog, so terpaksa lah juga buat.
Memang dugaan betul buat saya sekarang, sedang mencari pekerjaan tiba-tiba PKP dilaksanakan. So, for sure lah tak ada syarikat yang hendak panggil temuduga buat masa sekarang ni. Just sempat pergi satu interview sebelum PKP, Balik Dari interview dah kena perintah berkurung.
Betul lah orang tua-tua kata kalau kita di timpa masalah memang Allah akan bagi kita masalah sampai kita tak mampu tanggung,kerana Allah Maha mengehtahui kemampuan kita.
Semoga selepas tamat tempoh PKP ini ada sinar baru buat saya.Harap-harap ada syarikat yang akan panggil bekerja. Hidup mesti di teruskan, blog pun mesti perlu terus ditulis supaya tidak bersawang hehe..
Itu sahaja luahan hati dari seorang hamba yang sedang diuji dengan kesusahan. Semoga ada cahaya indah selepas ini buat saya. Sekian terima kasih
Monitor Komputer Rosak Black screen
Reviewed by C.I
on
April 07, 2020
Rating:
No comments: