Resipi Kuih Seri Muka


Resipi Kuih Seri Muka

Kuih seri muka memang salah satu daripada kuih yang menjadi kegilaan ramai orang Malaysia kerana kesedepannya.Bayangkan jika pulut yang sangat lemak dan rasa pandan manis wangi masuk ke dalam mulut anda memang terangkat habis.Kuih ini memang menjadi satu kuih yang mendapat permintaan tinggi tidak kira bila-bila masa pun.Sesuai dijadikan perniagaan sekiranya anda mahu.Yang belum pernah cuba buat lagi kuih ini, semoga berjaya yang penting kita harus mencuba.Selamat mencuba dan good luck.

Bahan-Bahan Lapisan Bawah :



1) 500 gm beras pulut
2) 300 ml santan pekat
3) 300 ml air
4) 2 sudu teh garam halus

Cara-Cara :

1. Rendam pulut sekurang-kurangnya 4 jam.

2. Basuh bersih dan toskan. Masukkan pulut bersama santan, air dan sedikit garam ke dalam loyang yang beralas plastik. Sebelum masukkan pulut, pastikan di sapu sedikit minyak keliling loyang.

3. Kukus dengan semua bahan diatas selama 30 minit.Apabila pulut masak, gaul hingga sebati.Tekan-tekankan dalam loyang 10x10x2".

Bahan-Bahan Lapisan Atas :

1) 1 cawan tepung gandum
2) 1 sudu besar tepung jagung
3) 1 sudu besar tepung beras
4) 1 sudu besar tepung kastad
5) 250 gm gula pasir
6) 2 biji telur
7) 250 ml santan pekat
8) 500 ml air
9) 1 sudu kecil pewarna hijau
10) 2 sudu kecil pandan paste ( kalau mahu lagi sedap guna 5 helai daun pandan dan kisar bersama air di atas, tapiskan dulu selepas itu)

Cara-Cara :

1. Bancuh semua bahan bahan diatas, tapis ke dalam periuk

2. Masak sehingga naik wap dan sentiasalah di kacau guna whisk. Tuang ke atas lapisan bawah

3. Kukus selama 30 minit.(Lap penutup kukus 5 minit sekali, Kalau guna steamer trio, tidak perlu lap..biarkan masak sampai 30 minit)

4. Angkat kuih dan biarkan betul-betul sejuk barulah dipotong kuih guna pisau plastik.

# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai resipi ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.
C.I : Di harap Resipi Kuih Seri Muka yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.
Resipi Kuih Seri Muka Resipi Kuih Seri Muka Reviewed by C.I on April 21, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.