Resipi Kuih Seri Muka Durian


Resipi Kuih Seri MKuka Durian

Kuih Talam Serimuka Durian memang termatlah sedap dimakan.Dengan pulutnya yang lemak bersama lapisan inti durian di bahagian atas memang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata.Tapi agak susah didapati mungkin kerana faktor buah durian yang bermusim.Harganya juga pasti mahal sikit dari kuih Seri Muka biasa.Sekiranya anda ada buah durian yang lebih sila gunakan untuk buat kuih ini, pasti anda tidak akan menyesal.Selamat mencuba.

Lapisan bawah 


Bahan-Bahan :


1) 280gm tepung beras
2) 40gm tepung ubi
3) 3 sudu makan gula
4) 1 sudu kecil garam
5) 300ml santan
6) 700ml air

Lapisan atas

1) 180gm tepung gandum
2) 50gm tepung jagung
3) 8gm tepung hong kwee
4) 230gm gula
5) 2 biji telor
6) 1/2 sudu teh garam
7) 200ml santan
8) Pewarna kuning
9) Pewarna lemon
10) Pewarna hijau
11) 200gm isi durian
12) Air (untuk blend)

Cara masak :

1. Panaskan periuk kukus.

2. Campur semua bahan di atas kacau atas api sehingga naik wap. 

3. Tuangkan ke dalam loyang yang dilapik plastik. Kukus lapis bawah 17 minit.

4. Blendkan semua bahan atas dan sukat.

5. Blend durian bersama air dan campur ke dalam bahan atas tadi. Sukatan haruslah 1650ml.

6. Masak atas api (dikacau selalu sehingga naik wap). Tuang atas lapis bawah dan kukus selama 17 minit. Loyang 12"x12".


# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai resipi ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

Mohon Share Guys

C.I : Di harap 
Resipi Kuih Seri Muka Durian yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.
Resipi Kuih Seri Muka Durian Resipi Kuih Seri Muka Durian Reviewed by C.I on April 21, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.