Resipi Kuih Samosa


Resipi Kuih Samosa

kuih Samosa sebenarnya lebih kurang sama sahaja dengan samosa sayuran.Cuma intinya sahaja berbeza.Kuih samosa boleh dikatakan senang dibeli di luar sana kerana banyak peniaga yang menjualnya.Tapi tak akan sama dengan kita buat sendiri kan.Jadi selamat mencuba.

Bahan-­bahan: 


1) 3 biji ubi kentang 
2) 1 labu bawang besar 
3) 2 ulas Bawang putih (cincang) 
4) 1 sudu teh serbuk jintan manis 
5) 1 sudu teh serbuk jintan putih 
6) 1 sudu makan rempah kurma (bancuh dengan 2 sudu air) 
7) ½ cawan air 8) 200 gram daging cincang 
9) ½ tin kacang pis 
10) Sedikit daun sup dan daun bawang (hiris) 
11) 2 sudu minyak 
12) ½ sudu teh garam 
13) Kulit popia secukupnya 
14) ½ ­ 1kg minyak masak (untuk menggoreng) 

P/s : Bahan no. 1 dan 2 dipotong dadu

Cara-cara : 

1) Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau. 

2) Masukkan jintan manis, jintan putih, serbuk kurma dan garam. Gaul rata. 

3) Masukkan daging cincang dan gaul hingga masak. 

4) Masukkan kentang dan air. Gaul rata dan biarkan empuk. 

5) Masukkan kacang pis, daun sup dan daun bawang. Gaul rata. 

6) Seterusnya bentang kulit popia. Isikan inti dan lipat membentuk segitiga /gulung. 

7) Panaskan kuali. Goreng samosa hingga kekuning­kuningan. Sedia untuk dihidangkan.

# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai resipi ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

Mohon Share Guys

C.I : Di harap Resipi Kuih Samosa yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.
Resipi Kuih Samosa Resipi Kuih Samosa Reviewed by C.I on April 21, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.