Resipi Kuih Qasidah Utara


Resipi Kuih Qasidah Utara

Kuih Qasidah memang telah terpahat banyak pengalaman dalam hidup saya kerana ibu saya pernah buat kuih ini dan hantar ke kedai untuk dijual setiap pagi.Sekitar umur 10 tahun setaip pagi saya akan menunggu ibu saya siapkan kuih ini dahulu sebelum ke sekolah.Saya akan kayuh basikal ke Pasar Pagi Besar dahulu untuk letak kuih ini di setiap kedia yang menjual kuih sebelum ke sekolah.Pengalaman yang sangat indah.Setiap pagi juga lah saya akan sarapan pagi dengan makan kuih Qasidah Utara.Memang sedap sangat kuih ini.Apa-apa pun selamat mencuba buat anda ingin memasak kuih ini sendiri.

Bahan-bahan diperlukan :

1) 1 cawan tepung gandum
2) 3 cawan air
3) 7 sudu besar gula pasir
4) setengah sudu garam
5) 1 sudu teh air kapur masakan

Bahagian Atas : 

1) 3 sudu besar minyak masak
2) 5 ulas bawang ros (shallots)-dimayang

Cara menyediakan dan memasak :

1. Satukan tepung gandum, air, gula, garam dan air kapur ke dalam periuk.

2. Masak di atas dapur, kacau sehingga adunan menjadi kental dan berkilat.
3. Tuangkan ke dalam loyang dan sejukkan. 

4. Sementara itu, goreng bawang yang telah dimayang sehingga kekuningan dan harum.
5. Tuangkan bawang goreng dan minyak nya di atas kuih yang telah sejuk tadi.
6.Potong apabila sudah sejuk.

# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai resipi ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

Mohon Share Guys

CI : Di harap Resipi Kuih Qasidah Utara yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih
Resipi Kuih Qasidah Utara Resipi Kuih Qasidah Utara Reviewed by C.I on May 06, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.