Resipi Kuih Akok Berlauk


Resipi Kuih Akok Berlauk
Kuih Akok adalah sejenis kuih yang agak mudah dibuat.Rasa kuih ini sedap kerana mempunyai inti berlauk dibahgian dalam.Sesuai untuk dijadikan hidangan buat seisi keluarga.Sekiranya untuk dijadikan perniagaan pun agak bagus juga.
Bahan-Bahan :

10 biji telur ayam
10 sudu gula
300 gm tepung gandum


Cara-cara :


1. Pukul telur dengan gula sehingga kembang. 

2. Masukkan tepung gandum, kacau sehingga rata.

Bahan untuk inti:

1) 500 gm daging lembu
2) 500 gm bawang besar
3) 2 sudu besar rempah kermuk
4) 8 ulas bawang merah
5) 5 ulas bawang putih
6) 1 inci halia
7) Garam dan gula secukup rasa

Cara membuat inti:

1. Daging direbus dan dihiris halus. Bawang besar dipotong nipis.


2. Campurkan semua rempah yang telah digiling.


3. Sediakan kuali dengan minyak. Apabila panas, masukkan rempah biar garing dan masukkan daging.


4. Setelah masak masukkan bawang besar yang dipotong bersama gula dan garam secukup rasa.


5. Masukkan ke dalam acuan (separuh) kemudian masukkan inti, selepas itu masukkan separuh lagi adunan.


# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai resipi ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

Mohon Share Guys

CI : Di harap Resipi Kuih Akok Berlauk yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih
Resipi Kuih Akok Berlauk Resipi Kuih Akok Berlauk Reviewed by C.I on May 06, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.