Resipi Kuih Karipap


Resipi Kuih Karipap
Kuih Karipap memang sudah tidak asing lagi di negara kita.Menjadi menu utama untuk sarapan pagi dan makan petang.Sebenarnya kuih Karipap tidak memerlukan banyak bahan penyediaan jadi ia senang dilakukan.Untuk bentukkan kuih pun mudah kerana alat membentuk kuih karipap boleh dibeli di kedai-kedai.Jadi ayuh cuba resipi ini.

Bahan-bahan diperlukan:

Bahan-bahan pastri:

- 500 gm tepung gandum
- 1/2 cawan marjerin
- sedikit garam
- sedikit air

Bahan-bahan inti:

- 3 biji ubi kentang(potong dadu kecil-kecil)
- 1 paket rempah kari daging
- 1 labu bawang besar (cincang)
- 3 ulas bawang putih (cincang)
- 1 batang serai (titik)
- garam dan perasa secukupnya
- 1 cawan daging kisar

Cara menyediakan dan memasak:

1. Masukkan tepung gandum dalam mangkuk bancuhan bersama sdkt garam halus

2. Gaul rata, kemudian masukkan marjerin sehingga jadi seperti serbuk roti
Masukkan air dan uli sehingga menjadi pastri lembut

3. Ketepikan seketika

4. Untuk membuat inti,panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik kekuningan.

5. Masukkan rempah kari, kacau rata dan masukkan sedikit air. Kacau rata sehingga pecah minyak

6. Masukkan daging cincang, kemudian gaul rata dan masukkan kentang Jika perlu tambah sedikit air

7. Setelah kentang empuk,masukkan sedikit garam, gula dan perasa secukupnya

8. Apabila inti sudah kering dan secukup rasa, angkat dan sejukkan

9. Bentukkan pastri menjadi kulit karipap dan letakkan pastri keatas acuan karipap, atau buat sendiri pun boleh. 

10. Masukkan inti 

11. Setelah siap, goreng di atas api yang sederhana sehingga kekuningan

# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai kuih ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.


Mohon Share Guys

Cinta : Di harap Resipi Kuih Karipap yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.
Resipi Kuih Karipap Resipi Kuih Karipap Reviewed by C.I on April 03, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.