Resipi Kuih Bingka Jagung




Resipi Bingka Jagung

Bahan­-bahan : 


1) 500 gram santan 
2) 1 sudu teh garam 
3) 3 biji telur
4) 200 gram tepung gandum 
5) 100 gram gula 
6) 50 gram marjerin 
7) 2 sudu makan tepung kastad 
8) 1/2 tin jagung berkrim 
9) 1/2 cawan bijan (goreng tanpa minyak) 

Cara-cara : 

1) Masukkan semua bahan kecuali bijan ke dalam pengisar. Kisar hingga sebati. 

2) Masukkan ke dalam periuk dan masak sebentar di atas api. 

3) Sementara itu sapu rata acuan atau loyang dengan marjerin. 

4) Tuang adunan ke dalam acuan/loyang. Taburkan bijan goreng di atasnya. Masukkan loyang ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 180° selama sejam / hingga masak. 

5) Sejukkan dan potong. Sedia untuk dihidangkan.

# Kalau anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai kuih ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

Mohon Share Guys

C.I : Di harap  Resipi Bingka Jagung yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.
Resipi Kuih Bingka Jagung  Resipi Kuih Bingka Jagung Reviewed by C.I on March 30, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.