Demi menyahut seruan kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia, kita semua harus memainkan peranan penting untuk memastikan virus Covid-19 berjaya dihapuskan dari negara kita.
Disini dikongsikan panduan jarak sosial di tempat kerja bagi mereka yang terpaksa menjalankan tugas pada masa perintah kawalan pergerakan sekarang.
1. Polisi tidak bersalaman.
- Sudah menjadi kebiasaan dan budaya kita rakyat Malaysia akan bersalaman ketika bertemu.Tetapi buat masa sekarang anda teramatlah di minta agar tidak melakukan aktiviti tersebut bagi mengelakan penularan virus Covid-19
2. Promosi etika batuk dan bersin yang betul.
- Seperti yang telah di tunjukkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia teknik yang betul apabila kita bersin adalah dengan bersin kedalam siku dan bersin ke tisu.Jadi anda perlu sentiasa sediakan tisu kemana sahaja anda pergi.
3.Sediakan hand sanitizer di pintu masuk.
- Tolong beli hand sanitizer walaupun harganya agak mahal tetapi ia amat penting untuk matikan kuman.Sila simpan satu botol di poket anda supaya anda boleh guna selepas melakukan sentuhan dimana-mana sahaja.
4. Sentiasa memberi peringatan penggunaan hand sanitizer.
- Adalah menjadi tanggung jawab kita untuk memperingati sesama kita tentang pentingnya penggunaan hand sanitizer.jadi ingatkan rakan-rakan anda yang lain.
5. Tangguh mesyuarat dan acara berskala besar.
- Sekiranya anda mempunya mesyuarat atau majlis yang berskala besar sila tangguhkan kerana virus Covid-19 akan merebak dengan cepat apabila ada manusia yang berkumpul dalam jarak yang sangat dekat.
6. Pekerja yang sakit harus berada di rumah.
- Sebagai majikan anda digalakkan memberi pekerja anda melakukan kerja di rumah ini bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini berlaku sekiranya pekerja anda pergi ke tempat kerja.
7. Sentiasa disinfeksi permukaan yang kerap bersentuhan.
- Sentiasa cuci permukaan yang terdedah.Seelok-eloknya anda mandi dan sabun sehingga bersih.
8. Tingkatkan aliran udara dengan tingkap.
- Sila buka tingkap supaya aliran pengudaraan berjalan lancar.Kurangkan penggunaan penghawa dingin.
9. Bekerja dari rumah atau lakukan giliran bekerja secara berjadual.
- Bekerja di rumah adalah satu jalan penyelesaian yang sangat bagus, sekiranya perlu pekerja berada di pejabat sila adakan Shif jadual kerja.
10. Elakkan berkongsi makanan di tempat kerja.
- Elakkan sama sekali berkongsi makanan dengan orang lain walaupun makanan itu sangat sedap sekalipun.
11. Nilai risiko perjalanan pekerja yang berurusan di luar pejabat.
- Sekiranya tiada keperluan untuk pekerjaan di luar sila hadkan atau hentikan.
12. Tingkatkan saringan kesihatan dan kebersihan dan pengendali makanan dan kontak mereka.
Sama-samalah kita mengambil tanggung jawab bersama untuk menjaga jarak sosial kita.Sekiranya anda mempunyai pendapat dan pengalaman, sila kongsikan di ruang komen di bawah agar ia boleh menjadi panduan yang berfaedah buat pembaca yang lain.
Jarak Sosial Di Tempat kerja Elakkan Covid-19
Reviewed by C.I
on
March 28, 2020
Rating:
No comments: