Percaya tak setiap perkara yang berlaku terhadap kita pasti ada hikmahnya.Terutamanya sebagai umat Islam anda harus yakin ini adalah ketentuan qodak-qadar yang telah ditetapkan oleh Allah.
Pernahkan anda terfikir disebalik apa yang terjadi sekarang tersembunyi perlbagai hikmah yang boleh kita jadikan iktibar.Disini saya akan proseskan beberapa hikmah yang kita perolehi dari kejadian wabak Covid-19 yang sedang melanda negara kita sekarang.
1. Menyatukan semua pihak untuk bekerja-sama mencapai satu matlamat.
- Seperti yang anda lihat sekarang semua pihak berganding bahu terutamanya petugas di bahagian hadapan doktor, jururawat,polis,tentera,bomba,food delivery dan sebagainya.Mereka semua bertungkus lumus memastikan semua rakyat Malaysia mendapat manfaat dari perkhidmatan yang mereka lakukan.Sedarkah anda mereka semua ini sangat terdedah kepada bahaya Virus Covid-19 yang boleh membawa maut.Tahniah buat mereka yang berjuang bermati-matian.
2. Masyarakat lebih kreatif untuk menjana pendapat dengan cara tersendiri.
- Buat masa sekarang kita dapat lihat ramai rakyat Malaysia sudah beralih untuk berniaga secara online, hanya duduk di rumah dan menggunakan platform media sosial dan kemudahan internet yang lain.Kawalan Perintah Pergerakan bukanlah beerti berakhirnya mata pencarian kita sebenarnya masih banyak lagi cara untuk kita pelajari dalam menambah pendapatan harian kita.
3. Berkongsi kebaikan dengan menghulurkan sumbangan pada yang lebih memerlukan.
- Tidak terlepas juga ramai insan yang berhati mulia sanggup mengeluarkan sumbangan dari segi bentuk wang ringgit,harta benda dan juga makanan.Memang tidak dinafikan bab bantuan rakyat Malaysia amat terbaik dan sangat bermurah hati ini sudah terbukti dimata dunia.
4. Tahap pencemaran dan statistik jenayah menurun di serata negara.
- Hasil kajian juga mendapat pencemaran bumi telah menurun dan lapisan ozon telah pulih dan bertambah baik.Kadar jenayah juga sudah berkurangan kerana mungkin penjenayah juga takut mati disebabkan Covid-19
5. Lebih masa untuk merapatkan hubungan kekeluargaan.
- Ini memang tidak boleh dinafikan lagi, buat masa sekarang lah kita boleh meluangkan masa bersama ibu bapa kita dan anak-anak kita.
6. Memperbaiki hubungan dengan Maha Pencipta dan mengerjakan ibadah dengan penuh keimanan.
- ok dengan musibah yang telah melanda kita ini marilah kita sama-sama mengambil iktibar untuk dekatkan diri kita kepada yang maha pencipta.perbanyakkan ibadat sebelum kita terlambat.
Untuk mengehtahui Update terkini kes kematian Covid-19 di malaysia boleh baca artikel Update Kronologi Kes Kematian Covid 19 Malaysia
Hikmah Disebalik Bencana Wabak Virus Covid-19 Yang melanda Malaysia
Reviewed by C.I
on
March 30, 2020
Rating:
No comments: