Kebahagiaan Keluarga TANGGUNGJAWAB SIAPA?
"Aku terima nikahnya Mazlinah bt. Ghazali dengan mas kahwinnya dua puluh dua ringgit setengah, tunai!" lafaz seorang pemuda.
"Sah ?" , tanya Kadi. "Sah!" , ujar para saksi.
Dengan lafaz tersebut, terbentuklah sebuah keluarga baru. Daripada berdua menjadi bertiga, kemudian berempat dan mungkin lebih. Jika asalnya dara ataupun bujang, telahpun bergelar ibu dan bapa. Jika diizinkan Allah, mungkin sempat bergelar datuk ataupun nenek. Pastinya setiap pasangan mahukan hidup yang lebih tenteram dan bahagia daripada zaman berseorangan.
Persoalannya, bagaimanakah untuk mengekalkan kebahagian tersebut? Sebuah keluarga yang bahagia terbentuk melalui niat sebelum membina rumahtangga.
Setiap pasangan sepatutnya menyedari tujuan perkahwinan, iaitu untuk menjaga nama baik agama dan moral kehidupan. Lantaran itu sebelum berumahtangga, Islam menyarankan kita memilih calon suami atau isteri yang beriman.Itulah kekuatan utama sebagai tunjang pembinaan keluarga.
Musibah yang besar akan nampak kecil, kehidupan keluarga sentiasa tenang, tabah dan redha. Kebahagiaan terbentuk apabila penghuninya mengamalkan ketaatan dalam beribadat kepada Allah secara bersungguh-sungguh dan berusaha untuk mencapai matlamat keluarga yang mendapat keredhaan Allah.
Selain persoalan pokok dan asas pembentukan keluarga, terdapat beberapa 'tips' untuk memastikan kesinambungan kebahagiaan keluarga.
MEMBENTUK KELUARGA YANG BERILMU.
"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menjadikan, Dia telah menjadikan manusia daripada sekepal darah. Bacalah kerana Tuhanmu itu amat mulia, yang mengajar dengan [perantaraan] kalam. Dia telah mengajar manusia apa yang mereka tidak tahu". [ Al Alaq : 1 - 5 ]
Proses menimba ilmu hendaklah dibuat seawal mungkin dan dilakukan berterusan. Ibubapa harus sentiasa berusaha berfikir dan menanamkan serta membekalkan diri dan anak-anak dengan ilmu yang menyeluruh, merangkumi
ilmu keduniaan dan ilmu keakhiratan. Dengan mempunyai kedua-dua bidang ilmu tersebut, mereka akan dapat berfikir secara bijaksaana serta dapat memilih jalan yang tepat untuk mencapai matlamat hidup yang sebenar.
AMALAN BERKASIH SAYANG SEKELUARGA.
Dari an Nu'man bin Basyir radhiallahu 'anhuma, katanya : Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Perumpamaan kaum Mu'minin dalam hal berkasih sayang, saling mengasihi dan saling berbelas-belas laksana satu badan. Jikalau salah satu anggota merasa sakit, maka seluruh tubuh ikut merasa sakit dengan berjaga malam dan merasa panas" [Muttafaq 'alaih]
Kasih sayang dapat dilahirkan melalui TINGKAHLAKU, PERHATIAN (CARE), PENGORBANAN dan PERSEFAHAMAN. Keikhlasan dalam berkasih sayang akan mewujudkan rasa tanggungjawab dan perasaan hormat dan mengambil berat antara satu sama lain.
Dalam kehidupan keluarga Rasulullah, yang sentiasa menitik beratkan soal kasih sayang, Baginda sentiasa melahirkannya dalam pergaulan seharian. Contohnya
panggilan manja untuk isterinya Aisyah, dengan panggilan 'Humaira'. Beliau juga kerapkali memeluk Hassan dan Hussin cucu-cucunya apabila berjumpa.
MENGATUR DAN MENGURUS RUMAHTANGGA BERSAMA.
Bersepakat mengenai bentuk rumahtangga yang dikehendaki merupakan proses yang membantu kerukunan dan kebahagiaan rumahtangga. Setiap ahli keluarga berperanan dalam melaksanakan tugas-tugas yang dapat melicinkan proses
pengurusan rumaktangga. Antara beberapa perkara yang perlu diambil perhatian dalam melaksanakan tugasan masing-masing ialah :
*BAHAGIKAN TUGAS mengikut minat dan kebolehan masing-masing. Sekiranya suami berkebolehan bercucuk tanam, tugas menguruskan tanaman di kawasan rumah adalah bahagiannya.Begitu juga dengan anak-anak,masing-masing ada kecenderungan tertentu. Yang pentingnya, pembahagian tugas hendaklah sama rata, dengan ibubapa sebagai kudwah utama dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan.
*LAKUKAN BERSAMA-SAMA. Dengan konsep berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, kerja rumah yang dibuat lebih merupakan satu daripada aktiviti keluarga daripada tugas yang dilihat sebagai beban.
*ELAKKAN MENGKRITIK antara satu sama lain.Sikap mengkritik hanya membuat seseorang tidak berminat dengan tugas yang dibuat. Bersabarlah dengan kesilapan yang kecil, sedangkan tugas yang besar telah dilakukan. Katakanlah suami mengemas bilik, tetapi kain cadar katil tidak begitu licin. Jangan terus mengkritik sebaliknya ucapkan kata-kata penghargaan kerana mengemaskan bilik. Ini akan merangsangnya terus mengemas dan membantu ahli keluarganya yang lain.
*JANGAN PAKSAKAN SESUATU TUGAS.Dalam membahagikan kerja rumah,
ahli-ahli harus berlapang dada Jangan mengikat diri dengan peranan yang dikaitkan dengan identiti jantina. Jika anak lelaki berminat mencuci pinggan mangkuk, serahkan tugas tersebut kepadanya.
*KERJA RUMAH BUKAN BEBAN. Pastikan semua ahli keluarga mempunyai masa untuk bersama dan berehat. Jangan memaksa diri melakukan kerja rumah jika ada pilihan lain. Sesekali apa salahnya membeli makanan di luar.
Yang pentingnya, kerja rumah tidaklah menghantui kehidupan ahli-ahli keluarga.
PENYELESAIAN MASALAH Masalah merupakan satu halangan, cabaran dan dugaaan yang akan menganggu kelancaran rancangan dan kehidupan. Belajarlah berfikiran positif dan elakkan daripada membayangkan sesuatu yang negatif. Segala masalah yang timbul dalam keluarga ada hikmah yang tersendiri Berbaik sangkalah dengan Allah dan berfikirlah perkara yang berkaitan dengan masalah yang ada untuk mencari jalan penyelesaian.
Insya Allah segalanya akan menemui jalan kebaikan sekiranya didasari oleh empat perkara asas, iaitu Sabar, Taqwa, Amanah dan Redha.
Demi menjayakan sesebuah institusi keluarga yang bahagia, sesebuah keluarga perlu dapat menangani persoalan mengenai perkahwinan dan rumahtangga dengan lebih bijak dan berkesan. Sama-samalah kita berusaha mempertingkatkan keilmuan samada yang berbentuk teori ataupun pengalaman, insya Allah. Amin.
SEMOGA BERMANFA'AT-
CI : Semoga tip membentuk keluarga bahagia ini dapat membantu anda yang ingin berumah tanggan ataupun sudah berumah tangga kerana kejayaan itu datang rumah tangga yang bahagia.
CI : Semoga tip membentuk keluarga bahagia ini dapat membantu anda yang ingin berumah tanggan ataupun sudah berumah tangga kerana kejayaan itu datang rumah tangga yang bahagia.
Tips - Tips Membentuk Keluarga Bahagia
Reviewed by C.I
on
May 12, 2020
Rating:
No comments: