Resipi Tat Telur


Resipi Tat Telur

Tat Telur memang sangat sedap, susah kalau tat telur ini jadi tak sedap kecuali kalau anda masak hangit.Sekiranya anda ingin mencuba buat Tat Telur sendiri di rumah sila salin resipi di bawah.Selamat mencuba.
Bahan­-bahan : 

Untuk kulit: 

1) 500 gm tepung gandum 
2) 1 ½ cawan majerin 
3) 1 sudu besar lemak sayur 
4) 2 sudu besar gula 
5) 1 biji telur 

Untuk kastad : 

1) 1 cawan susu cair 
2) 4 biji telur 
3) 1 cawan gula 
4) 1 cawan air biasa 
5) 1 sudu makan tepung kastad 
6) ½ teh vanilla 
7) ½ sudu teh pewarna kuning Cara: 

Untuk kulit: 

1) Sapu rata minyak pada acuan bermangkuk kecil. Panaskan ketuhar pada suhu 180°c. 

2) Gaul kesemua bahan kecuali telur menjadi seperti serbuk roti. 

3) Masukkan telur dan gaul rata. 

4) Canai setebal ½ cm dan terap bulat. Letakkan kulit tat di dalam dulang acuan. 

5) Cucukkan kulit dengen garfu untuk hilangkan gelembung angin. 

6) Bakar selama 10 minit pada suhu 180C. 

Untuk kastad : 

1) Gaul semua semua bahan sehingga sebati. 

2) Tuang ke atas kulit tat yg telah dibakar separuh masak 

3) Bakar semula untuk 5 minit. 

4) Sejukkan dan hidang. Sedia untuk dihidangkan.

# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai resipi ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

Mohon Share Guys

C.I : Di harap 
Resipi Tat Telur yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.
Resipi Tat Telur Resipi Tat Telur Reviewed by C.I on April 25, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.