Resipi Kuih Talam Pisang


Resipi Kuih Talam Pisang
Sebenarnya saya pun belum ada pengalaman makan kuih Talam Pisang.Dari pengamatan bahan-bahan dan info dari ahli keluarga katanya memang sedap Talam Pisang ini.Apa-apa pun kepada anda yang ingin mencuba resipi Talam Pisang semoga berjaya just do it.

Bahan-­bahan: 

1) 10 biji pisang masak (lecek) 
2) 2 gelas tepung gandum 
3) 1 cawan gula merah 
4) 2 senduk gula 
5) 2 biji telur 
6) 1 cawan kelapa parut 
7) 1 ½ cawan santan 
8) ½ sudu teh garam 

Cara-cara : 

1. Panaskan kukusan dan rata minyak pada loyang. 
2. Kisar pisang, gula merah, gula, telur dan kelapa parut. 
3. Masukkan tepung (asingkan satu sudu besar) ke dalam adunan tadi dan kacau hingga sebati. Masukkan ke dalam loyang dan kukus hingga masak. 
4. Satukan santan dengan satu sudu besar tepung dan garam. Tuang ke atas adunan pisang tadi dan kukuskan semula hingga masak. Sedia untuk dihidangkan.




# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai resipi ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

C.I : Di harap 
Resipi Kuih Talam Pisang yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.
Resipi Kuih Talam Pisang Resipi Kuih Talam Pisang Reviewed by C.I on April 26, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.