Perlu Tak Rakyat Biasa Pakai Glove

Sumber Dr Samhan
1. Tolong jangan guna glove alasan cegah virus corona

Yang ini memang ramai sangat guna alasan cegah virus dan pakai glove.Sebenarnya ia adalah satu tindakan yang bahaya sekiranya pemakai tersebut tidak tahu prosedur sebenar cara memakai glove.

2. Virus bertahan 8 jam pada glove, melainkan tukar glove secara kerap.

Seperti yang telah di beritahu KKM virus Covid-19 boleh bertahan selama 8 jam di glove.Jadi glove yang dipakai harus ditukar selepas selesai satu urusan bukannya pakai glove seharian suntuk untuk melakukan pelbagai urusan.

3. Jangan ikut trend, mereka bukan individu berautoriti tentang ilmu kesihatan.

Ramai anak muda dan dewasa pakai glove saja nak tunjuk sebagai satu trend, padahal sekiranya tidak tahu prosedurnya boleh mendatangkan bahaya pada diri sendiri dan orang lain.Biar pihak yang betul-betul perlu memakai glove sahaja yang memakainya.

4. Doktor guna glove hanya untuk lakukan prosedur dan elak jangkitan .Lepas prosedur glove akan terus dibuang 

Seperti yang saya kata tadi pakai glove untuk melakukan satu-satu urusan sahaja selepas itu harus dibuang dan digantikan dengan yang baru.Sangat menakutkan apabila kita lihat peniaga memakai glove yang sama seharian ini mungkin akan menyebabkan jangkitan rangkaian virus tersebar sekiranya ada virus di glove tersebut.

5. Di hospital, glove dibuang ke dalam Clinical Waste Bin kurang penyebaran virus

Glove sebenarnya perlu dibuang di tempat yang selamat.Sekiranya di hospital mereka buang glove pada tong sampah khas.Bagi pengguna biasa pastikan masukkan kedalam plastik kecil dahulu kemudian ikat dan masukkan kedalam tong sampah besar di luar rumah.Bukan terus campak ke dalam tong sampah rumah.Sama juga topeng muka harus gunakan prosedur yang sama.

6. Orang awam buang glove kedalam tong sampah biasa.Tingkatkan penyebaran virus.

Ini memang ramai yang lakukan.Seperti yang saya katakan tadi sila masukkan ke dalam plastik dan ikat dahulu sebelum dibuang kedalam tong sampah.

7. Tak perlu pakai glove tapi perlu kerap cuci tangan dengan air dan sabun.

Untuk kita sebagai rakyat biasa sebenarnya perlu amalkan cuci tangan dengan air dan sabun secara kerap.Lagi elok mandi juga secara kerap ini boleh menyebabkan virus berada di angota badan kita hilang sekiranya ada.

8. Pakai glove sentuh merata selepas itu sentuh muka.Ini lebih bahaya.

Ini adalah akibat daripada pakai glove bukan kerana mengikut urusan.Pakai glove yang sama melakukan pelbagai urusan.Sekiranya virus tersebut ada pada sarung tangan dan kita teruskan lagi melakukan urusan yang selanjutnya ini memang sangat bahaya.Virus akan terus tersebar tanpa kita sedar.

CI : Buat netizen di luar sana eloklah kita amalkan cuci tangan dengan air dan sabiun secara kerap.Jangan disebabkan kita tersalah langkah akan menyebabkan penyebaran virus ini makin tersebar luas.Sayangilah keluarga anda.Kalau ada pendapat sila lah komen dibawah ok.Sekian terima kasih
Perlu Tak Rakyat Biasa Pakai Glove Perlu Tak Rakyat Biasa Pakai Glove Reviewed by C.I on April 26, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.