Lindungi Zon Hijau Kawasan Rumah Anda


1. Jangan jadi punca dengan ingkar perintah kawalan pergerakan.

Jangn jadi manusia yang degil dengan ingkar PKP kerana tindakan anda itu mungkin akan menjadi agen penyebar rantaian Covid-19 kepada keluarga dan orang sekeliling anda.

2. Teruskan duduk di rumah bersama keluarga dengan melakukan aktiviti riadah.

Sebenarnya banyak sahaja aktiviti riadah yang boleh dilakukan di rumah seperti bersukan, mengemas rumah, memasak resipi baru dan berbagai-bagai lagi aktiviti yang berfaedah.

3. Jangan keluar rumah jika tiada urusan penting untuk diselesaikan.

Buat anda yang ingin keluar rumah terutamanya di zon merah sila fikir dua kali kerana mungkin anda akan dijangkiti virus.Sekiranya anda betul-betul mempunyai urusan yang sangat penting baru keluar seperti membeli bekalan makanan harian.

4. Kerap basuh tangan dengan air dan sabun atau hand sanitizer.

Ini adalah kempen dari KKM semenjak awal virus dikesan.Pastikan anda membeli sekurang-kurangnya 2, satu untuk di letak dipintu masuk satu untuk disimpan bagi kegunaan anda sendiri.

CI : Saya rasa sekiranya semua rakyat Malaysia mengikut garis panduan yang di kleuarkan oleh KKM pasti kita mampu melawan virus Covid-19.Setaip kemenangan pasti ada pengorbanan.Pengorbanan kita hanya duduk dirumah bukan keluar untuk berperang.Mudahkan.
Lindungi Zon Hijau Kawasan Rumah Anda Lindungi Zon Hijau Kawasan Rumah Anda Reviewed by C.I on April 24, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.