Resipi Kuih Talam Keledek


Resipi Kuih Talam Keledek

Talam keledek memang sangat susah hendak dijumpai peniaga yang menjualnya.Kalau anda ingin mencuba lebih baik buat sendiri di rumah kerana masa yang diperlukan pun tidaklah terlalu lama.Apa-apa pun selamat mencuba buat anda semua,semoga berjaya.

Bahan­-bahan: 

Untuk lapisan bawah : 

1) 300 gram keledek merah (rebus dan lecek) 
2) Santan cair dari ½ biji kelapa 
3) 150 gram tepung beras 
4) ½ sudu teh garam 
5) 225 gram gula 

Untuk lapisan atas : 

1) 1 cawan tepung beras 
2) 3 cawan santan pekat 
3) 1 sudu teh garam 

Cara-cara : 

Untuk lapisan bawah : 

1. Panaskan kukusan dan rata minyak pada loyang. 
2. Kisar keledek bersama santan. 
3. Masukkan kesemua bahan di dalam periuk dan kacau sebentar di atas api kecil. 
4. Masukkan adunan dalam loyang kukus selama 20 minit. 

Untuk lapisan atas : 

1. Campurkan kesemua adunan, tapis dan kacau sebentar di atas api kecil. 
2. Cakar­cakarkan sedikit lapisan bawah dan tuang adunan lapisan atas tadi. Kukus semula selama 25 minit. 
3. Sejukkan dan potong Sedia untuk dihidangkan




# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai resipi ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

C.I : Di harap 
Resipi Kuih Talam Keledek yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.
Resipi Kuih Talam Keledek Resipi Kuih Talam Keledek Reviewed by C.I on April 23, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.