Ganjaran Ramadhan Pertama


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pejam celik pejam celik kita dah masuk bulan Ramadhan bagi tahun iniSemua umat Islam akan menunaikan ibadah puasa ini dengan penuh kesyukuran.Pada hari ini maka selesailah puasa kita pada tahun ini untuk hari yang pertama.

Hanya sedikit perkongsian dari saya mengenai manfaat berpuasa pada hari pertama di bulan ramadhan ini.Kalau puasa sahaja tanpa tahu apa ganjaran yang akan kita dapat di akhirat kelak mungkin kegairahan untuk berpuasa agak kurang dan ikhlas.

HARI PERTAMA RAMADHAN :


"Orang mukmin keluar dari dosanya, seperti saat dia dilahirkan oleh ibunya". 


Betapa besarnya ganjaran kita sekiranya berpuasa pada hari pertama untuk bulan Ramadhan ini.Jadi mari kita sama-sama renungkan disebalik ganjaran pahala ini.


1.Bukan senang untuk mencucikan dosa dari ibu kita..terpaksa tunggu hari raya baru boleh minta ampun dan maaf.Yang ini dengan puasa hari pertama sahaja kita sudah memperoleh manfaat yang sama.


2.Kalau kita tak berpuasa pada Ramadhan yang pertama mesti agak rugi kerana agak mustahil untuk kita patah balik pada masa atau saat kita dilahirkan semula.Kecuali kalau kita ada kereta Back To The Future atau Laci Masa Doreamon.


3.Bagi yang mempunyai ibu yang masih hidup mungkin boleh minta ampun dan maaf pada bila-bila masa sahaja.Bagaimana pula yang sudah kehilangan ibu yang telah kembali kepadaNya.Hanya berdoa kepada tuhan agar dosa-dosa terhadap ibu diampunkan.Jadi Berpuasa lah pada hari pertama Ramadhan kerana ganjarannya adalah sama.InsyaAllah semoga diampun dosa-dosa kita terhadap ibu.


4.Pada Ramadhan pertama rasanya semua umat Islam akan sangat bersemangat untuk menyambut Bulan Ramadhan dengan berpuasa.Jadi sekejap sahaja hari pertama itu berlalu, pejam celik sahaja dah cukup sehari berpuasa.


5.Jadi hargai Ramadhan yang pertama kerana hari pertama hanya untuk sekali tiada 2 atau 3 jadi bersama-sama kita mengejarnya InsyaAllah.


Ci : Semoga penulisan diatas dapat dikongsi bersama.Hanya satu perkongsian dari saya pada bulan Ramadhan Al ~ Mubarak ini.



Ganjaran Ramadhan Pertama Ganjaran Ramadhan Pertama Reviewed by C.I on April 24, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.