Resipi Kuih Talam Keladi


Resipi Kuih Talam Keladi

Kuih Talam Keladi kalau tengok dari warna pun dah sedap apatah lagi kalau anda makan sendiri kuih ini.Masa yang di ambil pun tidak terlalu lama cuma sekitar 30-40 minit sahaja, selepas itu sudah boleh dihidangkan buat seisi keluarga.Selamat mencuba.


Bahan­-bahan: 

Untuk lapis bawah : 

1) 300 gram keladi (rebus dan potong dadu) 
2) Santan cair dari ½ biji kelapa 
3) 150 gram tepung beras 
4) ½ sudu teh garam 
5) 225 gram gula 

Untuk lapis bawah : 

1) 1 ½ cawan tepung beras 
2) 5 cawan santan pekat 
3) 1 sudu makan pes keladi 
4) 1 sudu teh pewarna ungu 
5) 1 sudu teh garam 

Cara-cara : 

Untuk lapis bawah : 

1. Panaskan kukusan dan rata minyak pada loyang. 
2. Masukkan kesemua bahan di dalam periuk dan kacau sebentar di atas api kecil. 
3. Masukkan adunan dalam loyang kukus selama 20 minit. 

Untuk lapis atas : 

1. Campurkan kesemua adunan, tapis dan kacau sebentar di atas api kecil. 
2. Cakar­-cakarkan sedikit lapisan bawah dan tuang adunan lapisan atas tadi. Kukus semula selama 25 minit. 
3. Sejukkan dan potong Sedia untuk dihidangkan.




# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai resipi ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

C.I : Di harap 
Resipi Kuih Talam Keladi yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.
Resipi Kuih Talam Keladi Resipi Kuih Talam Keladi Reviewed by C.I on April 23, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.