Resipi Kuih Tako


Resipi Kuih Tako
Pengalaman makan kuih tako hanya masa kanal-kanak sahaja rasanya.Sekarang dah jarang makan kuih Tako mungkin sebab tidak banyak dijual di luar sana.Rasa kuih Tako memang lemak dan sedap.Anda boleh cuba buat sendiri kalau tidak percaya.Apa-apa pun selamat mencuba ye.

Bahan-­bahan: 

Untuk lapis bawah: 

1) 1 cawan tepung jagung 
2) 1 cawan gula 
3) 4 cawan air 
4) 2 helai daun pandan dibuat jus 
5) Daun pandan secukupnya (dibuat bakul) 

Untuk lapis atas : 

1) ½ cawan tepung jagung 
2) 4 cawan santan pekat 
3) ½ sudu teh garam 

Cara-cara : 

Untuk lapis bawah: 

1) Panaskan kukusan 

2) Kisar kesemua bahan. Tuang ke dalam bakul daun pandan ⅓ penuh. 

3) Kukus selama 15 minit. 

Untuk lapis atas : 

1) Kacau rata semua bahan dan masak atas dapur sehingga pekat. 

2) Tuangkan atas adunan lapis bawah tadi. Sedia untuk dihidangkan.

# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai resipi ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

Mohon Share Guys

C.I : Di harap 
Resipi Kuih Tako yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.
Resipi Kuih Tako Resipi Kuih Tako Reviewed by C.I on April 21, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.