Kuih talam pandan sebenarnya sangat mudah untuk dibuat hanya mengambil masa lebih kurang 30 ke 40 minit sahaja untuk siapkannya.Rasa kuih talam memang lemak dan manis.Selamat mencuba
Bahan-bahan
Untuk lapis bawah :
1) 2 cawan tepung beras
2) 2 sudu makan tepung jagung
3) 5 cawan air
4) 1 cawan gula
5) 2 helai daun pandan dibuat jus
Untuk lapisan atas :
1) ¾ cawan tepung beras
2) 2 sudu makan tepung jagung
3) 3 cawan santan
4) ½ sudu teh garam
Cara-cara :
Untuk lapisan bawah :
1. Panaskan kukusan dan sapu rata loyang dengan minyak.
2. Gaul rata semua bahan, masukkan dalam periuk dan kacau sebentar di atas api.
3. Tuang ke dalam loyang dan kukus adunan selama ½ jam.
Untuk lapisan atas :
1. Gaul semua bahan dan tapiskan. Panaskan di atas api. Kacau rata.
2. Tuang perlahan-perlahan ke atas lapisan bawah.
3. Kukus sehingga masak selama 20 minit.
4. Sejukkan dan potong. Sedia untuk dihidangkan.
Klik untuk lagi resipi kuih talam, Talam Cendol, Talam Kacang Merah, Talam Suji, Talam Ubi kayu, Talam Tokyo, Talam Keladi Berlauk, Talam Pisang, Talam Nangka, Talam Keledek, Talam Keladi, Talam Kacang Hijau, Talam Jagung, Talam Berlauk.Mohon Share Guys
# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai resipi ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.
C.I : Di harap Resipi Kuih Talam Pandan yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.
Resipi Kuih Talam Pandan
Reviewed by C.I
on
April 21, 2020
Rating:
![Resipi Kuih Talam Pandan](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhkXe_ovfR7ebo6sc2R82dA1WODdf2iGh7AbVKFao1yGvs9wKFEywC1TRDs5pvCEgG0WNLFhikIcjN8zBlxgatIbBdgQZO75-94DLxeXvIxLXyXZNy0xT1OMrgcpHTdIXF4s2tLzXn_APdY/s72-c/38b8dfb7b93bef31e79eb83847186800.jpg)
No comments: