Resipi Kuih Puteri Bersiram



Resipi Kuih Puteri Bersiram

Kalau kita dengar nama pun dah indah kan inikan pula rasanya pesti sedap.Tiada pengalaman makan kuih ini.Tapi dari bentuk dan bahan-bahan memang kelihatan sedap dimakan.Sekiranya anda ada masa terluang boleh cuba resipi ini.Selamat mencuba.Yakin boleh!!!!

Bahan­-bahan : 

1) 300 gram tepung pulut 
2) 1 cawan jus pandan (air perahan daun pandan yang dikisar) 
3) ½ sudu garam 
4) ½ biji kelapa muda parut (ambil putih sahaja) 
5) 2 cawan air 
6) 1 keping gula melaka (hancurkan) 
7) ½ cawan gula pasir 
8) 1 helai daun pandan 
9) ½ sudu teh pewarna merah, hijau dan kuning 

Cara-cara : 

1) Bancuh tepung pulut bersama garam dan jus pandan. Jadikan doh. Bahagikan kepada tiga bahagian. Warnakan satu bahagian dengan warna merah, satu bahagian dengan warna kuning dan satu lagi bahagian dengan warna hijau. 

2) Didihkan air di dalam periuk. 

3) Sementara itu gentel ketiga­tiga bahagian adunan tadi bulat­-bulat sebesar guli. 

4) Masukkan doh yang telah digentel satu persatu ke dalam periuk. Angkat doh yang masak apabila timbul di permukaan air dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air sejuk. Toskan setelah sejuk. 

5) Masukkan 2 cawan air ke dalam periuk yang lain. Masukkan gula melaka, gula pasir dan daun pandan. Kacau dan masak hingga gula hancur. 

6) Tapis adunan air gula tadi. Masak semula hingga mendidih. Masukkan kelapa parut dan kacau selalu. 

7) Masukkan adunan doh yang telah ditoskan. Kacau hingga rata. 

8) Angkat dan masukkan ke dalam bekas. Sedia untuk dihidangkan.

# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai kuih ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

Mohon Share Guys

C.I : Di harap 
Resipi Kuih Puteri Bersiram yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.
Resipi Kuih Puteri Bersiram Resipi Kuih Puteri Bersiram Reviewed by C.I on April 18, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.