Resipi Kuih Pulut Serunding


Resipi Kuih Pulut Serunding

Resipi kali ini adalah Pulut Serunding.Kuih ini juga boleh dikata kuih yang sangat tradisional.Pengalaman makan kuih ini memang sangat sedap kerana ia disaluti dengan serunding.Boleh kata kalau rindu nak makan ketupat tapi hari raya masih lambat boleh beli kuih ini dan makan.Saya harap anda semua boleh mencuba resipi ini.Selamat mencuba
Bahan­-bahan : 

Untuk serunding : 

1) ½ biji kelapa parut 
2) 5 tangkai cili kering (rebus dan kisar dengan ¼ cawan air) 
3) 1 sudu makan udang kering (tumbuk) 
4) 1 batang serai (titik) 
5) ½ labu bawang besar (kisar bersama cili) 
6) 2 sudu makan gula 
7) ½ sudu teh garam 

Untuk pulut : 

1) 2 cawan beras pulut 
2) ½ sudu teh garam 
3) Air secukupnya 

Cara-cara : 

Untuk serunding : 

1) Masukkan semua bahan untuk serunding kecuali kelapa ke dalam kuali di atas api sederhana. Gaul rata hingga menggelegak. 

2) Masukkan kelapa parut dan kacau rata. Masak hingga kering dengan api kecil dan kacau.Tutup api dan biarkan sejuk. 

3) Kisarkan kelapa tadi separa halus. Ketepikan. 

Untuk pulut : 

1) Basuh bersih beras pulut, tos dan masukkan ke dalam periuk nasi. Tambah air secukupnya dan garam. Tanak seperti masak nasi biasa. 

2) Setelah masak biarkan sejuk seketika. 

3) Ratakan pulut di dalam loyang . Terbalikkan pulut dari loyang. Potong empat segi atau terap dengan acuan bulat. Buat hingga habis. 

4) Salut serunding pada pulut tadi. Sedia untuk dihidangkan.

# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai kuih ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

Mohon Share Guys

C.I : Di harap 
Resipi Kuih Pulut Serunding yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.
Resipi Kuih Pulut Serunding Resipi Kuih Pulut Serunding Reviewed by C.I on April 18, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.