Kuih pulut panggang memang sangat sedap dimakan. Kuih ini juga memang banyak dijual setiap pagi.Kegemaran saya ni,kalau makan memang 3 biji tak cukup.Kalau anda ingin mencuba buat sendiri sila salin resipi dibawah ok.Selamat mencuba
Bahan-bahan :
1) 500 gram beras pulut (dikosek & ditoskan)
2) 1 ½ cawan pati santan
3) 1 helai daun kunyit
4) 23 sudu makan minyak jagung
5) 90 gram udang kering (direndam,dibersihkan dan ditumbuk)
6) 2 tangkai lada merah
7) 10 ulas bawang merah
8) ½ sudu lada sulah
9) 4 biji buah keras
10) 1 ulas bawang putih
11) ½ biji kelapa parut (tumbuk separa halus)
12) Daun pisang secukupnya (layur diatas api)
13) 2 helai daun pandan
14) 1 sudu makan garam
15) 2.5 cm kunyit hidup
16) 1 sudu makan ketumbar (goring tanpa minyak)
17) 1 sudu belacan (dibakar)
18) ½ sudu makan gula pasir
19) Daun pisang secukupnya (layur diatas api)
20) Lidi untuk sematan
P/s : Bahan no. 6 hingga 10 ditumbuk
P/s : Bahan no. 6 hingga 10 ditumbuk
Cara-cara :
1) Masuk dan gaul pulut,santan,daun kunyit,daun pandan dan ½ sudu garam di dalam loyang. Kukus hingga pulut masak. Pastikan pulut tidak terlalu kembang. Keluarkan daun-daun dan ketepikan pulut.
2) Panaskan minyak atas api yang sederhana dan gorengkan bahan tumbuk selama 3 minit. Masukkan kelapa dan kacau sehingga kering jangan sampai hangus. Masukkan garam, kacau dan angkat. Sejukkan.
3) Bubuh sedikit pulut di atas daun pisang.Bentukkan supaya menjadi gulungan-gulungan leper sepanjang 13 cm.
4) Masukkan inti dengan sama rata,dan gulung ketat-ketat untuk membungkusnya. Sematkan bungkusan itu dengan lidi.
5) Panggang pulut dia atas api arang yang perlahan selama ½ jam, dengan membalikbaliknya selalu. Sedia untuk dihidangkan.
# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai kuih ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.
Mohon Share Guys
C.I : Di harap Resipi Kuih Pulut Panggang yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.

Resipi Kuih Pulut Panggang
Reviewed by C.I
on
April 17, 2020
Rating:
No comments: