Resipi Pulut Berinti
Pulut berinti ini memang satu jenis kuis tradisional yang sangat lama.Rasanya dikampung-kampung memang banyak dijual.Kalau di bandar susah sikit nak jumpa peniaga jual kuih ini.Selamat mencuba.
Untuk inti :
1) ½ biji kelapa muda parut
2) ½ cawan gula merah
3) ½ cawan air
4) 2 helai daun pandan
Untuk pulut :
1) 3 cawan beras pulut (basuh dan rendam seketika)
2) 4 cawan santan
3) ½ sudu teh garam
4) Daun pisang secukupnya (layur diatas api)
Cara-cara :
Untuk inti :
1) Masukkan kesemua bahan untuk inti. Didihkan ke atas api. Angkat dan ketepikan.
Untuk pulut :
1) Masukkan beras pulut, santan dan garam ke dalam loyang dan kukus selama ½ jam.
2) Ambil pulut yang telah dikukus dan letakkan atas daun pisang.
3) Ambil inti kelapa manis dan letakkan atas pulut.
4) Bungkuskan pulut saperti bungkus nasi lemak. Sedia untuk dihidangkan.
# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai kuih ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.
Mohon Share Guys
C.I : Di harap Resipi Pulut Berinti yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.

Resipi Kuih Pulut Berinti
Reviewed by C.I
on
April 17, 2020
Rating:
No comments: