Resipi Kuih Talam Tokyo




Resipi Kuih Talam Tokyo

Bahan Untuk Lapisan Bawah

1) 300gm sagu kecil warna putih
2) 60gm suhoon
3) 100gm kelapa parut putih
4) 100ml santan pekat
5) 300ml air
6) 1 sudu kecil garam
7) 2 sudu tepung gandum (boleh letak atau tidak (terpulang ) tujuannya hendak keraskan sedikit sagu tersebut)

Cara-cara :

1. Cuci sago sebentar, rendam selama 30 minit dan toskan.
2. Rendam sohoon dengan air suam selama 30 minit, toskan dan potong kecil-kecil.
3. Satukan bahan-bahan diatas sohoon, sagu biji, kelapa parut, santan dan garam kemudian masukkan ke dalam loyang 10x10x2" yang telah dioleskan dengan minyak.
4. Alas plastik dan oleskan sedikit minyak. Kukus selama 25-30 minit dan tekankan sikit dengan sudu supaya lapisan menjadi sama rata.

Bahan Untuk Lapisan Atas

1) 4 biji telur
2) 300gm gula pasir
3) 400m santan pekat
4) 300ml air + 3 helai daun pandan (blender dan tapiskan)
5) 100gm tepung kastard
6) Sedikit pewarna hijau
7) 1 sudu tea kecil alkaline water@air abu *(boleh guna 1 sk air kapur)
8) 1/2 sudu kecil garam

Cara-cara :

1. Campurkan semua bahan dan blend rata.
2. Kacau sebati dan tapiskan.Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga naik wap.
3. Tuangkan adunan ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.
4. Padamkan api dan angkat kuih setelah masak. Biarkan kuih benar-benar sejuk baru dipotong.
5. Sagu ini hendaklah dikukus
6. Masakkan diatas dapur sehingga naik wap...hendaklah dikacau sentiasa ...
7. Selesai masak adunan tadi ...angkat gunakan senduk dan curahkan perlahan lahan...supaya kuih talam tersebut tidak berlubang ataupun cacat
8. Selesai masak adunan tadi.Angkat gunakan senduk dan curahkan perlahan lahan.Supaya kuih talam tersebut tidak berlubang ataupun cacat, Kemudian kukus kembali
9. siap.Talam tokyo namanya unik mungkin kerana lapisan bawahnya sohoon+sagu+kelapa




# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai resipi ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

C.I : Di harap Resipi Kuih Talam Tokyo yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.
Resipi Kuih Talam Tokyo Resipi Kuih Talam Tokyo Reviewed by C.I on April 28, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.