Resipi Kuih Butir Nangka


Kuih Butir Nangka


Kuih butir nangka ini memang sedap dan manis.Saya pun sebenarnya jarang makan kuih ini.Kuih yang berkuah macam ini sebenarnya banyak dijual di negaraThai dan sebelah pantai timur.Masa saya ke Thailand memang banyak betul kuih yang berkuah dijual disana.Buat anda yang mempunyai masa terluang boleh lah cuba buat kuih butir nangka dirumah.Selamat mencuba

Bahan-bahan kuah:

1) Santan pekat
2) 2 helai daun pandan - disimpul
3) Gula dan garam – secukup rasa
4) 1/2 sudu kecil Halba

Cara memasak:

1. Satukan semua bahan dalam periuk, masak dengan menggunakan api yang sederhana. Sentiasa kacau supaya tidak berketul. 

2. Masukkan juga lebihan air daun pandan tadi ke dalam kuah. Rasakan garam dan gula. Kacau sampai menggelegak. Tutup api…

Bahan-bahan biji nangka:

1) 1 cawan tepung beras pulut
2) Air daun pandan – kisar daun pandan, tapis dan ambil airnya
3) Pewarna hijau 
4) Sedikit air kapur
5) Garam

Cara membuat:

1. Sebelum menguli, panaskan dahulu air di dalam periuk (air separuh periuk). Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan uli sampai sebati.

2. Masukkan air daun pandan sedikit demi sedikit sampai tepung tidak melekat pada tangan.

3. Kemudian bentukkan seperti biji nangka (lebih kurang sebesar gula-gula). Terus masukkan doh itu ke dalam periuk dengan air yang sedang menggelegak.

4. Apabila biji nangka masak, ia akan timbul di permukaan air. Bolehlah angkat dan masukkannya dahulu ke dalam bekas yang berisi air masak, jika kuah belum siap.

# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai resipi ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

Mohon Share Guys

CI
: Di harap Resipi Kuih Butir Nangka yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih
Resipi Kuih Butir Nangka Resipi Kuih Butir Nangka Reviewed by C.I on May 06, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.