Resipi Kuih Apam Tapai Tepung Beras


Resipi Kuih Apam Tapai Tepung Beras

Bahan-­bahan : 

1) 2 cawan tapai pulut 
2) 500 gram tepung beras 
3) 2 cawan gula 
4) 4 cawan air 
5) 1 bungkus garam eno (pelega kembung perut) 
6) 1/2 sudu teh pewarna (jika perlu) 
7) 1 biji kelapa muda parut (ambil putih sahaja) 
8) 1 sudu teh garam 

Cara-cara : 

1) Masukkan gula, air dan tapai ke dalam pengisar. Kisar hingga halus. 

2) Masukkan tepung beras dan peram sekurang-kurangnya 4 jam. 

3) Kemudian masukan garam eno dalam adunan perapan tadi dan perap lagi selama sekurang-kurangnya 1 jam.

4) Tambah pewarna jika suka, kacau dan masukkan ke dalam acuan. Kukus selama 20 minit. 

5) Sementara itu gaul kelapa bersama garam. 

6) Setelah apam masak, keluarkan dari acuan dan tabur kelapa parut. Sedia untuk dihidangkan.

# Kalau anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman mengenai kuih ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

Mohon Share Guys

C.I : Di harap Resipi Kuih Apam Tapai Tepung Beras yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.
Resipi Kuih Apam Tapai Tepung Beras Resipi Kuih Apam Tapai Tepung Beras Reviewed by C.I on March 27, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.