Amalan 7 Tips Dalam Keluarga Bahagia Ustazah NorBahyah


Amalan 7 Tips Dalam Keluarga (Ustazah NorBahyah)

1. PUJI 
- Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. PELUK 
- Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk-memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. PENGHARGAAN 
- Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. PERHATIAN 
-pasangan terasa diabaikan.

5. PERSEFAHAMAN 
- Memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6. PERGAULAN 
- Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. PERCUTIAN 
- Perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8. PERMOHONAN 
- Doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

CI : Semoga 7 tips ini dapat membantu anda dalam usaha mewujudkan keluarga yang bahagia.



Amalan 7 Tips Dalam Keluarga Bahagia Ustazah NorBahyah Amalan 7 Tips Dalam Keluarga Bahagia Ustazah NorBahyah Reviewed by C.I on May 08, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.