Resepi Kuih Bom-Bijan


Resepi Kuih Bom-Bijan

Kuih bijan memang sangat popular di negara kita.Memang banyak peniaga yang menjual kuih ini pada setiap pagi.Jadi kuih Bom Bijan sangat mudak untuk didapati setiap pagi sebagai juada untuk sarapan.Buat anda yang mempunya masa terluang boleh cuba resipi kuih Bom Bijan.Sesuai dijadikan hidangan buat sekeluarga dan juga sesuai untuk dijadikan perniagaan.

Bahan-bahan :

Inti Kelapa Manis :

1) Setengah biji-kelapa putih
2) 10 sudu-gula merah/gula perang
3) 7 sudu-gula
4) 1 helai-daun pandan
5) 1 sudu-tepung gandum(untuk buatkan inti melekat dan tidak berderai)

Adunan Bahan Luar :

1) 3 cawan-tepung pulut (jenama ERAWAN sekiranya ada)
2) 1 cawan-tepung beras
3) 1 1/2cawan-air gula (suam)
4) proses terakhir BIJAN (di golekkan)


Cara menyediakan dan memasak :

Untuk buat inti : 

1.Masukkan setengah cawan air kedalam kuali bersama gula merah,daun pandan..apabila air gula merah sudah mendidih,

2. Masukkan kelapa dan gula..biarkn mendidih sampai air agak-agak kering

3. Masukkan 1 sudu tepung gandum.kacau hingga betul-betul kering dan tidak berair.


4. Kemudian sejukkan inti..dan apabila inti sudah sejuk,cedok dengan sudu kecil.kepal-kepal /bulat-bulatkan inti itu,asingkan inti yang sudah dibulatkan tu. 


5. Apabila inti sudah sedia, buat pula adunan tepung untuk bahan luar.Campur tepung beras dan tepung pulut,gaul dengan tangan kering untuk sebatikan tepung.

6. Kemudian tuang air gula sikit-sikit sambil itu uli hingga adunan sedikit keras.


7. Sapu di tapak tangan sedikit minyak,kemudian ambil adunan tepung sebesar bola golf, kepal-kepal/bulat-bulatkan.









8. Kemudian tekan dihujung-hujung hingga leper dan nipiskan sedikit.

9. Masukkan inti yang sudah di bulatkan,kemudian cantumkan adunan leper tadi hujung ke hujung.Bulatkan nya semula.









10. Di dalam bekas lain sediakan bijan,dan golek-golekkan adunan yang sudah di bulatkan tadi.

11. Kemudian layang-layangkan dia antara dua tapak tangan supaya bijan yang tidak melekat akan keluar dengan sendiri.









12. Goreng kuih bom dgn api sederhana pada 5 minit permulaan.Kemudian baru besarkan api sambil kacau dan digolek-golekkan dalam kuali. 









13. Agak-agak kekuningan seperti gambar di atas,angkat dan toskan minyak. 









14. Boleh di jamu dalam keadaan kuih masih panas.Kuih bom resepi saya ni masih lembut dan garing walaupun sudah sejuk..SELAMAT MENCUBA.

# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai resipi ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

Mohon Share Guys

CI : Di harap 
Resepi Kuih Bom-Bijan yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih
Resepi Kuih Bom-Bijan Resepi Kuih Bom-Bijan Reviewed by C.I on May 09, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.