Resipi Biskut Badam



Resipi Biskut Badam


Bahan-bahan :

1) 120gm butter cup
2) 80gm gula
3) 1 biji kuning telur
4) 1 sudu teh esen vanilla
5) 60gm badam kisar
6) 180gm tepung gandum
7) badam flake
8) kuning telur (hiasan/disapu)

Cara penyediaan :


1. Gaulkan butter dan gula hingga lembut.


2. Masukkan telur dan vanilla dan gaulkan lagi.

3. Masukkan badam dan tepung gandum dan gaulkan lagi.

4. Canai dan ratakan adunan.

5. Tekan dengan acuan pilihan anda dan letakkan badam flake, kemudian sapukan kuning telur di atasnya.

6. Bakar dalam suhu 180c selama 15 minit atau sehingga masak.

7. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara. 

# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai resipi ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

Mohon Share sahabat semua

CI : Di harap 
Resipi Biskut Badam yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih
Resipi Biskut Badam Resipi Biskut Badam Reviewed by C.I on May 12, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.