Menjadi Seorang Blogger


Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera.

Menjadi seorang blogger sememangnya senang hanya perlu mengikut beberapa step pendaftaran di Blogspot atau Wordpress anda sudah mempunyai sebuah blog.Untuk menjadi seorang blogger dan mempunyai blog yang digemari pembaca itu yang agak susah untuk berjaya pada permulaannya.

Pada saya memang susah pun untuk menjadi seorang blogger dan mempunyai ramai pembaca.Apabila kita menyebut 'ramai pembaca' tentulah Unit Visitor mencecah puluhan ribu sehari.Memang itulah yang di harap oleh semua blogger agar artikel yang ditulis di baca oleh pelawat.Untuk sampai ketahap itu rasanya perlu ada perancangan sendiri kerana setiap blogger mempunyai idea yang tersendiri.Saya rasa tidak perlu rasanya kita mengikut cara blogger-blogger yang lain kerana dengan mengikut cara blogger yang lain itulah yang akan menyebabkan kita kecundang untuk mendapat pembaca sendiri.

Untuk blogger yang baru seperti saya ini rasanya tak perlu sangat terlalu banyak fikir hanya tulis sahaja apa yang di kehendaki agar blog tidak kosong, dari memikir terlalu lama sehinggakan blog kosong dan tidak mempunyai artikel untuk di baca umpama rumah bungalow yang besar tapi tidak berpenghuni sangat menakutkan bukan?Mesti ada hantu didalam

Sekiranya anda menulis mengikut minat dan gerak hati sendiri adalah lagi asli dari situ anda akan dapat peminat anda sendiri.Dari seorang blogger yang biasa tidak mustahil akan menjadi seorang blogger yang profesional.

Hanya perkongsian saya dengan rakan-rakan blogger yang lain.
Menjadi Seorang Blogger Menjadi Seorang Blogger Reviewed by C.I on May 13, 2012 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.