50 Tahun Hidup Di Celah Batu Nenek AH Kee - Cinta


KUALA LIPIS: “Si orang batu.” Itu gelaran paling sesuai untuk menggambarkan corak kehidupan seorang warga emas di Kampung Mentara Baru, Merapoh, dekat sini, yang memilih untuk tinggal di celah batu.

Bukan sehari dua, tetapi sudah lebih 50 tahun Chang Kee, 73, menjadikan kawasan berbukit batu di kampung berkenaan sebagai kediamannya, tanpa memperdulikan apa pun kata orang di sekelilingnya. 

“Walaupun rumah saya ini tidak sempurna, ia syurga bagi saya dan tidak sedikit pun berasa apa-apa kekurangan,” katanya yang lebih mesra dipanggil Ah Kee ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Berdindingkan batu gunung dan beratapkan beberapa keping zink usang, Ah Kee yang masih bujang, tinggal dan menguruskan kehidupan hariannya seperti memasak dan sebagainya dengan sumber air diperoleh dari sungai berhampiran serta air hujan.

Menurutnya, walaupun ada yang memandang sinis dan mencemuh ‘rumahnya’ itu, ia tidak sedikit pun menjadi ‘kudis’ buatnya, malah pernah menolak tawaran seorang individu yang ingin memberi rumah kepadanya.

NOTA : Kepada semua yang ada rumah sepatutnya kena lebih bersyukur kerana nenek Ah Kee 50 tahun tinggal di celah batu.Cinta harap satu hari nanti akan ada seseorang yang berjaya memujuk nenek Ah kee untuk pindah kerumah yang lebih sempurna bukan lagi di celah batu.
50 Tahun Hidup Di Celah Batu Nenek AH Kee - Cinta 50 Tahun Hidup Di Celah Batu Nenek AH Kee - Cinta Reviewed by C.I on May 18, 2012 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.