Ciri-Ciri Suami yang Baik dari Sudut Islam Vol 1


Memetik kertas kerja Dasar Pembentukan Rumahtangga serta Adat-adat Yang

Bercanggah tulisan Kadi Kuala Selangor, Haji Asmungi Mohd Sidek, "Sebagai

seorang gadis apabila mula memikirkan alam dewasa dan ingin

menggantungkannasib dirinya kepada lelaki melalui rumahtangga, hendaklah

membuat pemilihan teliti, seeloknya pilihlah lelaki;

Yang berkemampuan sebagaimana hadis Nabi Riwayat Ahmad Bukhari dan Muslim

dari Abu Hurairah yang bermaksud:

"Wahai permuda-pemuda; barang siapa diantara kamu bernikah, maka hendaklah

ia bernikah, yang demikian itu amat menundukkan pandangan dan amat

memelihara kehormatan, tetapi barang siapa yang tidak mampu, maka

hendaklah berpuasa kerana puasa itu menahan nafsu."

Mampu yang dimaksudkan, berupaya menyediakan tempat tinggal, saraan hidup

yang biasa mengikut suasana sekarang, serta pakaian untuk menutup aurat.

Perkara-perkara ini wajib dilaksanakan suami dan kegagalan

menyemmmpurnakannya boleh mendatangkan kesan buruk dan mudah berlaku

perceraian.



Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda. Sanggup melindungi wanita

daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang

wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah

bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup. Kini berpindah

kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.



Pandai menjaga darjat diri; apabila bercakap dikota dan diamalkan. Selain

daripada itu suami yang baik akan sentiasa menajak isteri ke arah

kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu.



Berkebolehan didalam urusan rumahtangga. Kebolehan memasak, menjahit juga

membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini,

tidak akan membebankan isterinya mumbuat kerja rumah sekiranya isteri

tiada kemampuan.



Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersangka

buruk. Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan

menjaga segala amanah harta dan anak di rumah. Sekiranya suami tidak

mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami akan sentiasa

menyangka buruk.



Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan. Lelaki begini

adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak

mengharapkan titik peluh isteri. Allah sangat tidak menyukai manusia yang

hanya bertawakal dan menyerah diri tanpa usaha sedangkan kejayaan dicapai

melalui usaha.



Mudah memaafkan. Sifat ini adalah sebahagian daripada sifat terpuji

Rasullah ketika menegakkan agama Islam. Oleh itu suami bertanggungjawab

sepenuhnya kepada isteri dan anak.


Datang daripada keturunanorang yang baik-baik lagi rajin beribadah. Seelok-

eloknya, mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia, berpegangan agama lagi

rajin beribadah dan tidak berpenyakit keturunan seperti gila atau penyakit

merbahaya yang boleh membawa kepada kesengsaraan hidup.

CINTA : Selamat menjadi suami yang baik ok.


Ciri-Ciri Suami yang Baik dari Sudut Islam Vol 1 Ciri-Ciri Suami yang Baik dari Sudut Islam  Vol 1 Reviewed by C.I on April 17, 2015 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.