10 Tip Ekstra Langsing Saat Berpuasa

Menurut Islam, berpuasa adalah menahan diri dari lapar dan dahaga bermula terbitnya fajar hingga terbenamnya matahari dengan anggaran masa kira-kira 12 jam sehari selama sebulan. Selain bertujuan menunaikan tuntutan agama, berpuasa juga boleh membantu memantapkan emosi, menenangkan fikiran dan sangat baik untuk kesihatan kerana memberi peluang kepada organ dalam untuk berehat sebentar dan memberi peluang menghancurkan sisa-sisa racun atau toksik di dalam darah manusia.

1. Paling penting untuk anda lakukan adalah mengenalpasti kadar metabolisme tubuh anda. Ini kerana individu yang mempunyai kadar metabolisme tinggi, mereka tidak mempunyai masalah pertambahan berat badan walaupun makan banyak ketika berbuka.

2. Bagi individu yang mempunyai kadar metabolisme rendah, harus lebih berhatihati dalam soal permilihan kuantiti dan jenis makanan ketika berbuka. Elak makan melebihi keperluan harian kerana ia akan menimbulkan masalah berat badan apatah lagi tiada aktiviti yang berat di waktu malam selepas berbuka.

3. Ramai yang menganggap bersahur itu sesuatu yang remeh tetapi hakikatnya sahur adalah sama pentingnya dengan bersarapan. Bersahur akan membantu anda mengimbangi zat gizi yang tidak diperolehi tubuh selama sehari berpuasa. Jadi, prinsip bersahur bukan untuk kenyang semata-mata tetapi lebih kepada makanan yang bergizi tinggi.

4. Mulakan saat berbuka dengan makan makanan yang mudah, ringkas dan dalam kuantiti yang sedikit demi sedikit tetapi berulang-ulang. Kejutan 'jutaan' makanan secara tiba-tiba akan membuatkan perut berasa tidak selesa dan anda mudah berasa meloya.
5. Jangan lupakan sayuran dan buah-buahan di dalam menu berbuka dan bersahur anda. Seelok-eloknya apabila berbuka puasa, makanan yang diambil perlulah bergantung pada keperluan individu.


6. Sebaiknya elak atau kurangkan pengambilan makanan yang berempah dan pedas kerana ia boleh menyebabkan pedih perut dan gastrik. Selain itu, elakkan juga daripada minum minuman berkarbonat atau kandungan kafein yang tinggi kerana ia akan memburukkan lagi keadaan pertu anda yang kosong setelah seharian berpuasa.

7. Elakkan makan banyak selepas menunaikan solat terawih dan tidur ketika perut masih kenyang kerana ia akan merangsang kepada kegemukan. Anda dinasihatkan untuk tidur sekurang-kurangnya tiga jam selepas makan.

8. Kurangkan pengambilan lemak dan bukan karbohidrat dalam menu diet anda. Ini kerana satu gram lemak mengandungi sembilan kalori berbanding hanya empat kalori bagi satu gram karbohidrat.

9. Berpuasa tidak seharunya dijadikan alasan untuk anda kurang minum air. Pastikan anda minum air secukupnya di antara waktu bersahur dan juga berbuka puasa.

10. Aktiviti senaman juga sebaiknya diteruskan meskipun anda berpuasa. Bezanya, anda boleh memilih aktiviti kecergasan berintensiti rendah dan kecergasan selama 30 minit setiap sesi untuk sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

CINTA : Selamat mencuba tip langsing kan badan ni ok.

10 Tip Ekstra Langsing Saat Berpuasa 10 Tip Ekstra Langsing Saat Berpuasa Reviewed by C.I on April 17, 2015 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.