Resipi Kuih Talam Berlauk


Resipi Kuih Talam Berlauk

Kuih Talam berlauk sememangnya sedap dan sangat banyak peniaga menjualnya di Bazar Ramadhan.Sesuai dihidangkan untuk seisi keluarga.Sesuai juga dijadikan perniagaan.Selamat mencuba


Bahan-­bahan: 

Untuk inti : 

1) 200 gram daging kisar 
2) 2 biji kentang (dipotong dadu) 
3) 1 labu bawang besar (dikisar) 
4) 1 paket rempah kari daging 
5) 2 biji cili merah (dihiris) 
6) 1 batang kecil lobak merah (diparut) 
7) Garam secukup rasa 
8) 1 sudu makan minyak masak 
9) Daun sup dan daun bawang secukupnya (dihiris) 
10) Bawang goreng secukupnya 
11) 2 tangkai cili merah (dihiris) 

Untuk Talam : 

1) 1 cawan tepung gandum 
2) 3 sudu makan tepung jagung 
3) 3 cawan santan 
4) 1 sudu teh garam 
5) 1 biji telur 

Cara-cara : 

Untuk inti : 

1.Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar. 
2. Masukkan rempah kari dan masak hingga wangi. 
3. Masukkan daging dan kentang. Kacau rata. 
4. Biarkan sehingga semuanya masak empuk. 

Untuk Talam: 

1. Campurkan semua bahan dalam satu bekas. Kacau dan tapis. 
2. Panaskan kukusan. 
3. Sapu rata loyang dengan minyak masak. 
4. Tuang adunan kedalam loyang dan kukus selama ½ jam. 
5. Keluarkan loyang dari kukusan dan biarkan sejuk. 6) Tabur inti, daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Sedia untuk dihidangkan. 

# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai resipi ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.


C.I : Di harap Resipi Resipi Kuih Talam Berlauk yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.
Resipi Kuih Talam Berlauk Resipi Kuih Talam Berlauk Reviewed by C.I on April 22, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.