Resipi Kuih Samosa Sayuran


Resipi Kuih Samosa Sayuran

Dulu masa belum kenal kuih ini saya panggil karipap 3 segi mungkin rupa bentuk dan tekstur sama macam karipap jadi saya pun panggil lah karipap.Kuih samosa ni memang sedap kerana teksturnya lebih rangup dari karipap sebenarnya.Cara membuatnya pun tidak lah begitu susah.Sekiranya anda mahu cuba buat sendiri dirumah memang disarankan untuk dijadikan hidangan buat sekeluarga.Kuih Samosa juga sesuai dijadikan satu perniagaan kerana permintaannya sangat tinggi.Jadi Selamat mencuba.

Bahan-­bahan: 


1) 2 sudu makan minyak masak 
2) 50 gram bawang besar (cincang) 
3) 15 gram buah pelaga (tumbuk) 
4) 100 gram rempah kari ayam 
5) 100 gram lobak merah, (rebus dan hiris) 
6) 100 gram ubi kentang (rebus dan lecek) 
7) 100 gram kacang pis 
8) 15 gram serbuk kulit kayu manis 
9) 1 tangkai daun kari 
10) 10 keping kulit popia 
11) ½ ­ 1kg minyak masak (untuk menggoreng) 

Cara-cara : 

1) Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang bersama buah pelaga. 

2) Masukkan rempah kari, lobak merah, ubi kentang dan kacang pis, gaul hingga sebati. 

3) Masukkan serbuk kulit kayu manis dan daun kari, masak hingga kering. 

4) Seterusnya bentang kulit popia. Isikan inti dan lipat membentuk segitiga /gulung. 

5) Panaskan kuali. Goreng samosa hingga kekuning­kuningan. Sedia untuk dihidang

# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai resipi ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

Mohon Share Guys

C.I : Di harap 
Resipi Kuih Samosa Sayuran yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.
Resipi Kuih Samosa Sayuran Resipi Kuih Samosa Sayuran Reviewed by C.I on April 20, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.