Resipi Kuih Koci Labu
Kuih Koci Labu Jarang dijual oleh peniaga. Kuih Koci Labu ini memang sangat sedap kerana kemanisan buah Labu dan inti kelapa akan menyerap kedalam mulut anda apabila dimakan. Sekiranya anda ingin mencuba sangat digalakkan kerana masa yang diambil hanya 20 minit sahaja.
Bahan-bahan:
Untuk inti:
1) 1 biji kelapa parut
2) ½ cawan gula kabung
3) 1 cawan gula pasir
4) 2 helai daun pandan
5) ½ cawan air
Untuk kuih :
1) 1 biji labu (rebus dan lecek)
2) ½ sudu teh garam
3) Tepung pulut secukupnya
4) Daun pisang yang telah dilayur secukupnya
5) 1 cawan minyak masak
Cara-cara :
Untuk inti:
1) Gaulkan semua bahan-bahan inti dalam kuali dan jerangkan ke atas api yang sederhana.
2) Kacaukan inti hingga merengas dan separa kering. Angkat dan ketepikan.
Untuk kuih :
1) Masukkan labu yang telah dilecek ke dalam mangkuk. Masukkan tepung pulut sedikit demi
sedikit sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
2) Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian yang sederhana besarnya. Bentukkan adunan dan isikan inti tadi di tengahnya. Bulat-bulatkan dan celup ke dalam minyak.
3) Bungkus adunan itu dengan daun pisang. Buat sehingga selesai.
4) Panaskan kukusan. Masukkan bungkusanbungkusan tadi ke dalam kukusan. Kukus selama 20-30minit (sehingga masak).
Sedia untuk dihidangkan.
# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai kuih ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.
Mohon Share Guys
C.I : Di harap Resipi Kuih Koci Labu yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.
Resipi Kuih Koci Labu
Reviewed by C.I
on
April 08, 2020
Rating:
No comments: