Resipi Kuih Burger Malaysia


Resipi Kuih Burger Malaysia

Bahan­-bahan : 

Untuk sambal : 

1) 2 sudu makan minyak masak 
2) 1 labu bawang besar 
3) 2 ulas bawang putih 
4) Sedikit belacan (bakar) 
5) 10 tangkai lada kering (rebus dan kisar halus) 
6) ½ cawan ikan bilis 
7) 2 sudu makan gula merah 
8) ½ cawan jus asam jawa 
9) 1 sudu makan gula pasir 
10) 1 sudu teh garam

Untuk doh: 

1) 250g tepung gandum 
2) 120ml susu/ air 
3) 2 sudu besar margerin 
4) 2 ½ sudu besar gula halus 
5) ½ sudu teh garam 
6) 2 sudu teh yis 
7) ½ ­ 1 kg minyak masak (untuk menggoreng ) 
8) ½ biji timun ( dipotong nipis)

Cara-cara : 

Untuk sambal: 

1) Panaskan minyak. Masukkan ikan bilis. Goreng hingga kekuning-­kuningan. 

2) Masukkan bawang dan cili yang telah dikisar. Gaul rata dan biarkan menggelegak. 

3) Masukkan gula merah, gula pasr dan garam. Gaul rata dan biarkan menggelegak seketika. 

4) Angkat dan ketepikan. 

Untuk kuih: 

1) Masukkan ke dalam mangkuk bahan 1 hingga 6. Uli doh sehingga tak melekat. Buat bulat besar. Biarkan kembang 2 kali ganda. 

2) Tumbuk­tumbuk doh tadi dan bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat. Biarkan naik 2 kali ganda lagi. 

3) Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali. 

4) Goreng doh dalam minyak yang sederhana panas sehingga kekuningan. Angkat dan tos. 

5) Belah 2 doh yang (jangan sampai terputus). Isikan dengan sambal bilis dan juga timun. Sedia untuk dihidangkan.

# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai kuih ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

Mohon Share Guys

C.I : Di harap 
Resipi Kuih Burger Malaysia yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.
Resipi Kuih Burger Malaysia Resipi Kuih Burger Malaysia Reviewed by C.I on April 01, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.