Resipi Kuih Lopes


Resipi Kuih Lopes

Kuih Lopes pun adalah salah satu daripada kuih yang sudah wujud sejak zaman berzaman lagi.Rasa pulut yang berlemak dan digandingkan dengan kuah gula melaka memang akan buat anda berpuas hati selepas makan kuih lopes.Kuih lopes memang mudah didapati setiap pagi untuk dijadikan sarapan.Sekiranya anda ingin buat sendiri kuih lopes pun amat digalakkan kerana tidak mengambil masa yang lama.Apa-apa pun saya ucapkan selamat mencuba resipi kali ini.

Masa Penyediaan: 15 minit, 

Masa Memasak: 20 minit, 
Jumlah Hidangan: 4

Bahan-Bahan :

1) 3 cawan beras pulut
2) 2 cawan santan cair
3) 1/2 cawan air pandan (dikisar)
4) 1/2 sudu teh garam
5) beberapa titik pewarna hijau
6) kelapa parut putih yg di gaul dengan sedikit garam
7) Daun pisang
8) Bahan untuk Air gula:
9) Daun Pandan
10) Gula melaka
11) Air

Cara Penyediaan :

1. Cuci beras pulut. Rendam 1/2 jam. Tos beras, kemudian masukkan beras, santan cair dan air pandan dalam periuk. Masak seperti memasak nasi.

2. Panaskan pengukus.

3. Potong daun pisang kepada 4 segi, balutkan pulut yg telah dimasak tadi, gulung dalam bentuk silinder biar padat. Ikat dengan kemas. Kukus selama 15-20 minit.

4. Angkat dan sejukkan. Potong bulat dan gaul dengan kelapa parut. Makan bersama air gula melaka.

Tips: Untuk mudah memotong pulut yang dikukus, boleh cuba potong menggunakan benang yang ditegangkan. Selamat mencuba!

# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai resipi ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

Mohon Share Guys

CI : Di harap 
Resipi Kuih Lopes yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih
Resipi Kuih Lopes Resipi Kuih Lopes Reviewed by C.I on May 05, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.