Lelaki Juga Mahukan Sokongan Wanita



Sebenarnya lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding wanita sebab itu jika ingin sampaikan sesuatu, jangan berkias. Jelaskan dengan bahasa yang mudah secara berterus-terang.
Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata jadi lebih baik memahami lelaki dari apa yang dilakukannya berbanding dari apa yang dikatakannya. Jadi gadis-gadis berhati-hati dengan lelaki yang cakapnya seperti ‘penternak lebah madu atau pun peladang tebu ‘

Kita kaum perempuan selalu menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenamya kehendak lelaki adalah mudah. Jangan mendesak lelaki agar mendedahkan perasaan mereka kerana dia mungkin akan bercakap sesuatu yang kita tidak suka mendengarnya.

Kita lebih mudah untuk bercakap dengan kawan perempuan yang lain mengenai masalah, harapan dan kebimbangan yang amat rahsia dan peribadi, tetapi tidak bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa.

Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Cara yang baik untuk mengkritik lelaki ialah dengan berjenaka dan lembut disulami dengan sedikit pujian.
Ramai lelaki menunjukkan egonya di dua masa, pertama di dalam kerja, dan kedua di atas ranjang dan lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dinilai. Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu, kita harus menunjukkan perasaan ambil berat dan membuatkan dia merasakan masih diperlukan.
“Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang …..”.

Lelaki lambat mencapai kemesraan emosi berbanding wanita. Kita boleh berbual mesra dengan kawan perempuan yang baru dikenali tanpa apa-apa masalah sedangkan lelaki memberi keutamaan yang rendah kepada kemesraan emosi.
Dan saya perlu akui bahawa lelaki biasanya seorang sahabat yang baik.

CI
: Ok wanita lelaki juga perlukan sokongan daripada anda.Sebenarnya lebih mudah sekiranya anda anggap lelaki kesayangan anda sebagai seorang sahabat.Lelaki memang suka seorang perempuan yang boleh dijadikan sahabat untuk berkongsi masalah.
Lelaki Juga Mahukan Sokongan Wanita Lelaki Juga Mahukan Sokongan Wanita Reviewed by C.I on May 05, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.