Resipi Kuih Cek Mek Molek
Kuih cek mek molek ni memang sangat molek hehe.Kuih ini sedap anda boleh rasa ubi dan inti didalamnya air gula, memang sangat manis.Kuih ini di daerah-daerah pantai timur memang banyak dijual setiap pagi.Macam mana saya tahu, saya pernah bekerja di gua musang Kelantan dan saya memang sejenis manusia yang makan sarapan pagi.Buat anda yang ingin mencuba sendiri buat kuih ini sangat dialukan kerana ia sangat mudah dibuat.Selamat mencuba
Bahan-bahan :
1) 500 g keledek putih
2) ½ cawan tepung gandum (Diayak)
3) ½ cawan gula
4) Sedikit garam
5) Minyak masak secukupnya
Cara menyediakan dan memasak :
1. Rebuskan ubi keledek dengan sedikit garam sehingga empuk.
2. Buangkan airnya dan lenyek sehingga lumat.
3. Gaulkan bersama tepung gandum.
4. Bentukkan bujur dan masukkan gula pasir ke dalamnya.
5. Kemaskan bentuk kuih supaya gula pasir tidak terkeluar.
6. Gorengkan di dalam minyak yang banyak sehingga kekuningan.
7. Angkat kuih dan tuskan minyak.
8. Sedia dihidangkan.
Mohon Share Guys
CI : Di harap Resipi Kuih Cek Mek Molek yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih
Resipi Kuih Cek Mek Molek
Reviewed by C.I
on
May 05, 2020
Rating:
No comments: