Resipi Kuih Apam Nasi


Resepi Kuih Apam Nasi

Kuih apam ini yang saya tahu memang sesuai kalau anda hendak bagi anak anda yang kecil (baby) makan.Tekstur kuih memang sangat lembut dan sangat sedap.Ditambah pula dimakan dengan kelapa parut memang akan membuatkan kuih ini bertambah sedap.Kuih ini pun memang banyak penjual yang menjualnya setiap pagi, jadi tiada masalah untuk mencari kuih ini untuk dijadikan sarapan pagi.

Bahan-bahan :

1) 2 cawan nasi blend dengan 3 cawan air.
2) 3 cawan tepung beras.
3) 1 cawan tepung gandum.
4) 3/4 cawan gula (nak manis boleh tambah gula).
5) 1/2 pek yis (Mauripan 11g letak separuh).

Cara Membuat :

1. Campur semua bahan, kacau sebati.

2. Tutup adunan dan perap sekurang-kurangnya 1 jam. (Boleh bancuh malam dan kukus esok pagi. Simpan di luar sahaja).

3. Lepas perap, kacau adunan dan asingkan untuk letak pewarna. Nak warna asal pun tak apa.

4. Letak sedikit minyak pada acuan kecil-kecil untuk elakkan melekat.

5. Kukus 5 minit atau sehingga masak. Kalau masukkan semua adunan sekaligus ke dalam loyang besar, anggaran 45 minit atau sehingga masak.

Apam nasi sudah jadi. Untuk lebih lazat cicah dengan kelapa parut putih yang telah gaul sedikit garam.


# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai resipi ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

Mohon Share Guys

CI : Di harap 
Resepi Kuih Apam Nasi yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih
Resipi Kuih Apam Nasi Resipi Kuih Apam Nasi Reviewed by C.I on May 05, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.