Resipi Kuih Isabella
Kuih Isabella memang banyak dijual dinegara kita.Rasanya banyak gerai-gerai goreng pisang akan jual sekali dengan kuih Isabella.Boleh dikatakan kegemaran saya, sekiranya nampak mesti akan beli untuk dimakan.Sesuai dihidangkan untuk makan petang bersama keluarga.
Bahan-bahan diperlukan :
1) Ubi kayu 2 batang saiz sederhana (besar lengan)
2) 1/3 cawan kelapa parut putih
3) secawan tepung beras
4) 1/2 sudu teh serbuk kunyit
5) gula dan garam
- Rebus ubi kayu sehingga empuk. setelah sejuk, lenyek.
- Gaul ubi yang telah dilenyek bersama 2 sudu gula dan kelapa parut.secubit garam jika perlu.
- Bulat-bulatkan adunan ubi sebesar bola golf.
- Sediakan bancuhan tepung untuk menggoreng dengan campurkan tepung beras, seikit gula, garam dan serbuk kunyit. adun bersama air secukup likat.
- Celup ubi bulat-bulan kedalam tepung dan goreng hingga garing. sedia untuk dimakan.
Mohon Share Guys
CI : Di harap Resipi Kuih Isabella yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih
Resipi Kuih Isabella
Reviewed by C.I
on
May 08, 2020
Rating:
No comments: