Resipi Kuih Apam Tepung Beras


Resepi Kuih Apam Tepung Beras 

Kuih Apam Tepung Beras adalah sejenis kuih yang sangat le,but.Selalunya boleh dimakan dengan kelapa parut.Kuih apam ini juga sesuai untuk dihidangkan kepada bayi dan kanak-kanak.Buat anda yang ingin mencuba resipi ini sila salin resipi dibawah.

Bahan bahan :


1) 1 cawan nasi

2) 2 cawan tepung beras
3) 1 cawan gula putih
4) 1 1/4 cawan air
5) 1 sudu kecil yis
6) 1 paket kecil eno - tanpa perisa
7) Pewarna - merah dan hijau

Cara-cara :

1. Blend nasi dengan air hingga halus kemudian masukkan sugar, tepung dan yis. Blend lagi hingga sebati. 

2. Masukkan ke dalam bekas dan tutup rapat. Perap lebih dari 3 atau 4 jam atau semalaman.

3. Selepas diperap kacau perlahan dan masukkan eno, kacau sebati perlahan-lahan. Masukkan pewarna yang disukai dan biar sebentar.

4. Panaskan kukusan. Masukan ke dalam acuan-acuan kecil yang telah disapu sedikit minyak. Isikan hanya 1/2 penuh sahaja. Kukus selama 15 minit dengan api kuat.

5. Boleh di makan dengan kelapa parut yang digaul dengan garam dan dikukus sebentar, jika suka.

# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai resipi ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

Mohon Share Guys

CI : Di harap 
Resepi Kuih Apam Tepung Beras  yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih
Resipi Kuih Apam Tepung Beras Resipi Kuih Apam Tepung Beras Reviewed by C.I on May 08, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.