Biskut Makmur memang tidak asing lagi untuk dijadikan menu kuih di pagi lembaran Aidilfitri.Kuih ini juga memang banyak dijual apabila menjelang musim raya.Rasa yang sedap dan lemak susu yang akan cair didalam mulut anda memang satu kepuasan yang tidak terhingga.Biskut Makmur juga telah digubah dengan pelbagai cara mengikut negeri dan diolah sendiri oleh pembuat kuih tersebut seperti Biskut Makmur susu tanpa bakar, biskut Makmur Sabah dan banyak lagi.
Bahan-bahan :
1) 1kg tepung gandum.
2) 600g planta
3) 500g kacang tanah
4) 6 sudu besar tepung susu.
5) Sedikit Gula aising(tidak letak pun tidak apa sebab nanti perlu salutkan juga dengan-gula aising)
Cara-cara penyediaan :
1. Tepung gandum sangai sampai masak (kalau tepung sudah ringan dan warna agak brown tandanya sudah masak) guna api yang sederhana dan sentiasa kacau supaya tidak hangus dibahagian bawah.
2. Apbila sudah masak..ketepikan.
3. Cairkan planta di dalam kuali, apabila sudah cair masukan tepung gandum yang sudah di sangai.
4. Kacang tanah (goreng tanpa minyak dan di blend/kisar).
5. Sedikit gula aising dan tepung susu, gaul semua sehingga sebati.Tutup api dan tunggu sehingga suam-suam atau sejuk
6. Bulat-bulatkan, boleh di bulat-bulatkan ikut saiz yang kita mahu.Akhir sekali salut dengan gula aising

# Anda juga boleh mencuba resipi Biskut Makmur susu tanpa bakar, Resipi biskut Makmur Sabah. Mohon Share sahabat semua.
CI : Di harap Resipi Biskut Makmur. yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih
Resipi Biskut Makmur
Reviewed by C.I
on
May 19, 2020
Rating:
No comments: